May 18th, 2016

Minggu lepas, cukup hangat dengan isu dimana Maria Farida didakwa memukul anak tirinya. Ekoran perkara berkenaan, ramai pihak yang mengkritik Maria tanpa mengetahui hal sebenar dan pelbagai tuduhan juga dilemparkan kepada dirinya. Ekoran perkara itu, Maria sudah kemukan saman fitnah terhadap Karen Rayyan dan memberi amaran agar wanita itu tidak mengganggu beliau dan Datuk Rahman.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online Maria yang ingin membersihkan namanya memberitahu beliau sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya anak-anak tirinya dan cuba untuk menjaga mereka dengan baik.

Saya menjaga anak-anak suami dengan bekas isterinya dengan baik, tidak ada niat menganiaya memandangkan saya juga seorang ibu. Untuk memastikan mereka juga selesa dengan saya, tidak pernah sekalipun untuk saya menidakkan mereka dalam aktiviti keluarga.

Saya tidak hanya menerima suami dalam hidup ini, tetapi anak-anak dia juga adalah sebahagian dari hidup saya hari ini. Jika ada yang kata saya mendera, lebih elok rasanya kalau soalan itu ditanya kepada anak-anak saya sendiri.

Tambah Maria, beliau juga bukan seorang perampas bahkan sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman beliau pernah menolak lamaran lima orang lelaki.

Maria berkahwin dengan Datuk Rahman hanya selepas ahli perniagaan itu sudah bercerai dengan bekas isterinya Karen Rayyan.

Saya pernah menerima lamaran daripada lima lelaki, dan ada yang sudah memberi cincin tetapi saya pulangkan semula. Sampai keluarga saya yakin dan anggap yang saya akan membujang sampai bila-bila. Saya mengenali suami saya atas dasar kerja pada mulanya.

Kami tidak pernah ada skandal seperti yang diberitahu orang. Selepas dia bercerai kami mula baik, dan dia melamar saya. Akhirnya kini saya adalah seorang isteri yang bahagia di sisi dia.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, Maria sudah tahu bahawa isu perampas ini akan timbul dan beliau redha dengan segala ujian yang diberikan dalam rumah tangga beliau.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...