Written by Bella | May 5th, 2015

Kemalangan di lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia 6 bulan cukup terkesan di hati seluruh rakyat Malaysia. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja gara-gara perlumbaan kereta secara haram enam ahli Familia Myvi Club. Akibat daripada insiden tersebut, dua orang lagi anak mangsa menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Sesiapa sahaja yang melihat derita anak-anak tersebut yang kehilangan tempat bergantung sememangnya menyayat hati. Terbaru, timbul dakwaan bahawa penyanyi terkenal negara Dato Siti Nurhaliza bakal mengambil kedua-dua anak yatim piatu Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat. Cerita tersebut mula tersebar apabila sebuah video adik Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu penyanyi tersebut menjadi viral di media sosial. Malah, isu ini menjadi lebih hangat apabila sebuah blog turut membangkitkan isu itu.

Menerima pertanyaan yang tidak henti daripada peminat dan media, pihak Siti Nurhaliza yang berwakilkan pengurus peribadinya Rozi menafikan perkara itu dan berharap  perkara ini tidak lagi disensasikan.

Dato’ Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau.

Siti Nurhaliza turut memuat naik semula (re-post) kenyataan tersebut dengan turut menyatakan beliau berniat untuk bertemu dengan kedua-dua kanak-kanak itu.

Inshaa-Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Niat Siti Nurhaliza  mengambil mereka sebagai anak angkat ataupun sebaliknya semuanya bergantung kepada perancangan dari Allah SWT.  Sememangnya perasaan kasihan dan simpati menyelubungi hati sesiapa sahaja apabila terkenangkan kejadian ngeri yang berlaku sehingga menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Written by AbangNara | May 5th, 2015

Tragedi kemalangan yang melibatkan sebuah Pajero dan 6 buah kereta Myvi yang menyebabkan kematian seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak telah meruntun jiwa masyarakat Malaysia. Tambah menyedihkan apabila 2 lagi anak menjadi yatim piatu kerana kecuaian dan kegilaan pemandu yang suka berlumba di jalanraya. Apakah masa depan Amira (7 tahun) dan Aqila (4 tahun) yang kini tidak beribu dan tidak berayah? Hanya doa yang mampu kita titipkan.

amira anissa

Terbaru, adik Amira telah pun melahirkan rasa kegembiraan sekiranya dapat bertemu penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Video yang telah dirakamkan oleh sahabat arwah itu kini telah menjadi viral.

Agak2 siapa yg boleh sampaikan kepada Dato Ct Norhaliza? Gerak Gempur SITIZONERS untuk SITINURHALIZA HOT FM, Shamsul Ondscene, TV3MALAYSIA, Siakap Keli, PenMerah [dot] com com] com] com]#Mohon sesiapa yg ada “org dalam” untuk sebarkan dan sampaikan kpd Dato Ct Nurhaliza… ‘Org Dalam’ untuk permintaan ini x pe. Sbb untuk menceriakan anak2 yatim piatu..#Saya tanya nak jumpa Dato Ct ke? Terus dia melonjak dan cakap “Yahoo!! Mira suka Ct Zoners”Seriusly, saya bukan fan.. tapi kerana minat dia, saya usahakan juga rakam video.ni.

Posted by Pujangga Berbicara on Sunday, May 3, 2015

Di laman sosial Datuk Siti Nurhaliza, banyak peminat menyarankan agar beliau mengambil kedua-dua anak comel ini sebagai anak angkat. Itu adalah satu cadangan yang amat baik sekali. Selain itu, Abang Nara juga mencadangkan agar satu Tabung Pendidikan ditubuhkan oleh badan berkaitan agar segala sumbangan dapat disalurkan kepada kedua-dua adik beradik ini dan dapat digunakan untuk pembelajaran kelak.

amira anissa

Apa pun buat masa ini jika anda ingin menyumbang sedikit wang untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa, bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 164799190478 Muhammad Faizznur Asyraf Hussin, iaitu adik kepada si bapa yang telah terkorban. Apa pun diharapkan pemandu yang terlibat di dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Amin.

minaz butik P.S: Tandakan tarikh 9 Mei (Sabtu) ini kerana ia adalah hari pembukaan besar-besaran Minaz Butik Di Bangi Sentral. Bermula jam 8 pagi hingga 10 malam, ada 1000 goodies beg, cabutan bertuah dan jubah percuma bakal diberikan untuk mereka yang hadir awal. Pastikan anda tidak ketinggalan. Maklumat lanjut boleh layari Facebook Minaz.