Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pihak Siti Nurhaliza Jelas Isu Mahu Ambil Anak Mangsa Nahas DUKE Sebagai Anak Angkat

Kemalangan di lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia 6 bulan cukup terkesan di hati seluruh rakyat Malaysia. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja gara-gara perlumbaan kereta secara haram enam ahli Familia Myvi Club. Akibat daripada insiden tersebut, dua orang lagi anak mangsa menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Advertisement

Sesiapa sahaja yang melihat derita anak-anak tersebut yang kehilangan tempat bergantung sememangnya menyayat hati. Terbaru, timbul dakwaan bahawa penyanyi terkenal negara Dato Siti Nurhaliza bakal mengambil kedua-dua anak yatim piatu Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat. Cerita tersebut mula tersebar apabila sebuah video adik Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu penyanyi tersebut menjadi viral di media sosial. Malah, isu ini menjadi lebih hangat apabila sebuah blog turut membangkitkan isu itu.

Menerima pertanyaan yang tidak henti daripada peminat dan media, pihak Siti Nurhaliza yang berwakilkan pengurus peribadinya Rozi menafikan perkara itu dan berharap  perkara ini tidak lagi disensasikan.

Dato’ Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau.

Siti Nurhaliza turut memuat naik semula (re-post) kenyataan tersebut dengan turut menyatakan beliau berniat untuk bertemu dengan kedua-dua kanak-kanak itu.

Advertisement

Inshaa-Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Niat Siti Nurhaliza  mengambil mereka sebagai anak angkat ataupun sebaliknya semuanya bergantung kepada perancangan dari Allah SWT.  Sememangnya perasaan kasihan dan simpati menyelubungi hati sesiapa sahaja apabila terkenangkan kejadian ngeri yang berlaku sehingga menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama