August 27th, 2010

malingsia

Maaf sebab lari topik daripada dunia artis. Niat di hati tak nak cerita pasal nie, tapi perasaan geram ini tak dapat dibendung lagi. Geram betul tengok gambar bendera Malaysia dipijak-dipijak dan dipalit dengan tahi oleh orang Indonesia. Tak ada kerja sangat ke diorang nie?

Bak kata saudara Rohaizad (anda kena baca artikel nie), diorang nie tak ingat ke berapa ramainya sedara mara diorang yang mencari rezeki di sini? Tak habis-habis nak buat “sweeping Malaysia”. Kang balas dengan “Sweeping Indonesia” baru nak insaf. Memang kurang ajar betul diorang nie.

Tapi bukan semua rakyat Indonesia macam nie. Ada jugak yang baik dan memahami. Rasanya mereka-mereka yang buat benda kurang ajar nie confirm jeles dengan kemewahan Malaysia. Itu yang sikit-sikit buat demo. Mungkin diorang dulu pernah apply nak jadi “bibik” kat sini tapi kena tolak. Itu yang kecewa sangat tue.

Kalau ada rakyat Indonesia yang membaca ini, tolong nasihatkan sikit member-member anda yang tak ada kerja tue. Baik suruh gi tanam padi ke daripada gi pijak bendera negara orang. Ada sikit pekdahnya di bulan Ramadhan nie.

Advertisement
September 11th, 2009

indonesia

Panas dan menggelegak hati kami bila baca beberapa blog rakyat Indonesia yang bagi cadangan “sweeping” rakyat Malaysia kat Indonesia sekarang nie. Sweeping nie kalau dalam Bahasa Melayu yang ditranslate bodoh-bodoh ialah menyapu bersih. Kalau ditranslate oleh kami yang tak berapa pandai nie, macam menghapuskan lah kiranya kot. Kalau salah tolong bagitau ye.

Apa orang Indonesia nie ingat rakyat Malaysia nie sampah sarap ke lek-lek ajer kau nak sapu kitorang? Bukan nak cakap besar, tapi kalau rakyat-rakyat Indonesia yang ada kat Malaysia nie kita buatkan “sweeping” untuk diorang gak, mesti kecoh satu dunia. Padahal tak kira berapa ramai rakyat dia yang datang secara haram kat Malaysia nie. Kita lek ajer tak kecoh nak “sweeping” ke apa ke.

Tak faham betul kami kenapa rakyat Indonesia nie benci sangat kat Malaysia nie. Padahal dulu kata serumpun. Takkanlah sebab si Manohara yang ntah sapa-sapa tue nak benci lelebih kot. Memang tak masuk akal langsung. Padahal tak tau sapa lagi yang bersalah dalam kes Manohara tue. Sungguh misteri sebab musabab tetiba rakyat Indonesia nak marah-marah kat kita nie.

Padahal kalau nak kira, kerajaan Malaysia nie baik hati tahap habis tinggi dah. Siap nak buat gaji minimum untuk bibik-bibik RM800 lagi. Bibik-bibik nie banyaknya dari negara mana? Indonesia jugak. Tue pun tak reti nak bersyukur lagi ker? Kalau nak kira betapa ramai rakyat diorang yang carik rezeki kat sini, memang tak logik langsung tetiba nak marah-marah kat kita. Patut lagi bersyukur. Bukan senang nak datang negara orang dapat kerja yang boleh bagi duit banyak-banyak.

Kalau ikut hati nak je kitorang suruh kerajaan Malaysia tangkap Indonesia-Indonesia nie hantar diorang balik ke tempat asal balik. Bayangkanlah kalau korang duduk kat KL nie, tempat-tempat macam KLCC tue time hujung minggu dah jadi port lepak diorang. Dalam komuter takyahlah cakap. Memang muka orang diorang jer penuh. Terasa macam kami pulak kat negara asing.

Jadi persoalan yang nak anda jawapkan untuk kami ialah, kenapa diorang nie nak benci sangat ngan kita? Ada apa-apa idea tak? Jom kongsi-kongsi.

Advertisement