Written by Bella | January 2nd, 2019

Majlis malam berinai Elfira Loy yang cukup meriah dan indah dengan tema Bollywood mewah serta eksklusif mencuri tumpuan ramai.

Elfira juga kelihatan sangat cantik serta menawan ibarat heroin Hindusta dalam busana Lengha dengan rona kuning dan merah. Selain keluarga dan teman rapat, rakan artis iaitu Bella Dally dan Sweet Qismina juga turut hadir memeriahkan majlis.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar malam berinai Elfira Loy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | February 8th, 2016

Hari ini bukan sahaja pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal berkahwin, tetapi pelawak Atu daripada kumpulan Zero juga bakal menamatkan zaman solo bersama pereka fesyen Shafeeqa Johari.

Khabarnya majlis akad nikah sedang berlangsung sekarang, manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah petang ini.

Sebelum itu, pasangan itu telah melangsungkan majlis malam berinai semalam  secara sederhani di  Batu, Pahat Johor.

Jom layan beberapa lagi foto malam berinai Atu Zero dan Shafeeqa Johari dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | December 17th, 2015

Bakal menamatkan zaman bujangnya esok  bersama Muhammad Faliq, Nad Zainal semalam telah mengadakan majlis malam berinai yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan artis.

Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut adalah Siti Saleha, Anzalna Nasir, Jihan Muse, Sara Ali, Sherry Al-Hadad, Marsha Milan dan ramai lagi.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis malam berinai Nad Zainal yang cukup meriah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: teddyfilm.co

 
Written by serenity | December 20th, 2013

Pada hari ini bakal berlangsung majlis pernikahan Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, dengan seorang wanita bernama Puteri Erma Edlinda, 27, di kediaman keluarga Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Ini ialah gambar Puteri Erma pada malam berinai mereka iaitu semalam.




Untuk makluman anda, Puteri Erma bekerja sebagai seorang pramugari untuk Saudi Airlines. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Kredit gambar Nurza Wedding.