August 31st, 2009

maizawati zainal

Rupa-rupanya Maizawati Zainal nie memang berbakat dalam dunia seni. Patutlah sekarang nie dia tengah terpikir nak terima ke tak tawaran menyanyi nasyid. Dulu masa muda-muda banyak jugak rupanya Maiza menang pertandingan menyanyi. Silap betul AF tak buat time sekarang. Kalau tak mesti Maiza boleh masuk. Mesti ramai yang AFUNDI Maiza nanti.

Bagi kami yang ilmu rendah nie, kami rasa Maiza patut grab ajer apa-apa peluang yang ada sekarang nie. Lagipun Maiza dah bagitau yang duit nafkah Akhil bagi untuk anak-anak dia cuma RM250 jer sebulan. Mana nak cukup tue. Lebih-lebih time nak raya nie. Baju nak beli baru, kasut nak canggih ngan macam-macam lagi lah. Sementara ada orang nak offer jadi duta ke menyanyi ke, amik jerlah selagi boleh. Yang penting duit untuk hidup dan duit untuk anak-anak cukup. Tak gitu?

Baca-baca info pasal Maiza tadi rupa-rupanya dia kawin time umur 17 tahun. Lepas SPM tue dah kawin. Memang terbaik orang kata. Cuma yang time tue bukan ngan Akhil. Nie ngan bekas suami pertama. Dapat 2 orang and lepas 3 tahun bercerai. Time tue plak Maiza berjumpa balik ngan Akhil yang dia dah kenal time sekolah lagi. Jadi diorang dua pun berkahwin la. Gitulah ceritanya.

Untuk Maizawati, life must goes on. Teruskan hidup anda. Untuk Akhil pun life must goes on with your new wife. Bahagiakanlah mereka-mereka yang sepatutnya anda bahagiakan. Semoga episod buruk dalam hidup anda berdua akan menjadi satu pengajaran yang bermakna di masa hadapan.

July 15th, 2009

Keluar dalam  berita harian online  kol 1230 tghari tadi, Akhil Haiy sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal depan hakim di mahkamah syariah tadi. Akhirnya cerita tiga segi ni, habis noktah.

Hmm, mungkin ini cara terbaik utk Maizawati dan Akhil. Dan juga Waheeda yang jadi orang ketiga tu lah. Apa-apa pon kami harap Maizawati tabah, dan mungkin rezeki dia akan bertambah-tambah lepas ni dengan menjadi celebriti pulak. Pasni Akhil Hayy jangan nak menggedik balik ngan Maizawati kalau tgk x-bini dia ni makin cun melecun dan meletop.

Untuk baca renteten kisah rumah tangga deorang ni. Klik sini.

June 1st, 2009

akhil hayy

Ok kami janji ini artikel last sebelum keluar kenyataan rasmi 2 Jun dalam telenovela Melayu terbaik abad ini antara Akhil Hayy(Ustat rebonding), Maiza(bini bercontact lens) dan Waheeda(wanita yang hobinya membaling pinggan mangkuk).

Kejar punya kejar seperti polis sentri akhirnya ada gak media yang berjaya dapatkan komen dari Akhil Hayy. Selama nie menyepi seolah-olah hilang kejantanan, antara komen Akhil kepada wartawan Berita Harian ialah:-

[note]Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media.[/note]

Bila ditanya kenapa dia senyap je selama nie dan tak bagi kenyataan, si Ustat rebonding nie pun jawaplah macam nie:-

[note]Sekiranya saya bercakap ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya dan serta Waheeda sendiri. Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja.[/note]

Kali nie tak ada komen dari kami sebab kami pun dah naik nyampah tengok telenovela nie. Jalan cerita lemah, ending dah boleh agak ngan pelakon tak best. Pelakon semua tua-tua. Hero pun tak hensem. Harap rebonding jer lebih.

P.S: Tunggu esok kami akan letakkan gambar makcik Fazura. Thanks kepada Zarina sebab sudi kongsi gambar.