Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Akhil Hayy: Dia Masih Isteri Saya

akhil hayy

Ok kami janji ini artikel last sebelum keluar kenyataan rasmi 2 Jun dalam telenovela Melayu terbaik abad ini antara Akhil Hayy(Ustat rebonding), Maiza(bini bercontact lens) dan Waheeda(wanita yang hobinya membaling pinggan mangkuk).

Kejar punya kejar seperti polis sentri akhirnya ada gak media yang berjaya dapatkan komen dari Akhil Hayy. Selama nie menyepi seolah-olah hilang kejantanan, antara komen Akhil kepada wartawan Berita Harian ialah:-

Advertisement

[note]Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media.[/note]

Bila ditanya kenapa dia senyap je selama nie dan tak bagi kenyataan, si Ustat rebonding nie pun jawaplah macam nie:-

[note]Sekiranya saya bercakap ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya dan serta Waheeda sendiri. Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja.[/note]

Kali nie tak ada komen dari kami sebab kami pun dah naik nyampah tengok telenovela nie. Jalan cerita lemah, ending dah boleh agak ngan pelakon tak best. Pelakon semua tua-tua. Hero pun tak hensem. Harap rebonding jer lebih.

P.S: Tunggu esok kami akan letakkan gambar makcik Fazura. Thanks kepada Zarina sebab sudi kongsi gambar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top