September 6th, 2015

Semalam telah pun berlangsung Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) di Dewan Plenary, KLCC. Pemenang besar pada acara penuh berprestij ini ialah filem Lelaki Harapan Dunia arahan Lien Seng Tat. 4 anugerah telah berjaya dibolot oleh Lelaki Harapan Dunia iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Kanak Kanak Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.

lelaki harapan dunia

Berikut ialah senarai penuh pemenang di FFM27:-

Filem Box-Office – The Journey (kutipan RM18 juta)

Penyunting Terbaik – Adilan Azemi (Dollah Superstar)

Sinematografi Terbaik – Eric Yeong (The Journey)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)

Cerita Asal Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Lakon Layar Terbaik – Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

Pengarah Harapan – Raja Mukhriz (Ophilia)

Pelakon Harapan Wanita – Dawn Cheong (Cuak)

Pelakon Harapan Lelaki – Kodi Rasheed (Ophilia)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)

Karyawan Sepanjang Zaman – Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri – The Great Lion

Anugerah Khas Juri – Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Anugerah Khas Juri – Terbaik Dari Langit

Pelakon Wanita Terbaik – Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Pelakon Lelaki Terbaik – Lee Sai Peng (The Journey)

Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik – The Journey

Pengarah Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia

lelaki harapan dunia

Semoga dengan kemenangan ini, para penggiat filem di Malaysia akan lebih bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti. ana tahu satu hari nanti filem Malaysia akan memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Semoga detik itu akan tiba dalam masa terdekat.

December 1st, 2014

Filem Lelaki Harapan Dunia sememangnya antara filem-filem yang dinantikan ramai. Diarahkan oleh pengarah berbangsa Cina bernama Liew Seng Tat, filem bergenrekan satira komedi ini mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.Untuk makluman, filem ini telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 27 November lalu.
lelaki harapan duniaMenariknya filem Lelaki Harapan Dunia ini telah membuat kemunculan terlebih dahulu di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, kemudian di tayangan perdana di Amerika Utara (Festival Filem Antarabangsa Toronto) pada September 2014, diikuti tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun seterusnya pada bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33 serta Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 (merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia).

Bukan senang untuk filem Malaysia memasuki festival-festival sebesar ini. Jadi ini bermakna filem Lelaki Harapan Dunia ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Namun semenjak dua menjak ini, filem ini telah dikritik dengan hebat oleh beberapa nama besar dalam industri perfileman kerana dikatakan terlalu menyindir orang Melayu dan Islam. Kritikan pertama bermula daripada pengarah Ahmad Idham.

lelaki harapan dunia

Pelbagai kecaman telah diterima oleh Ahmad Idham kerana statusnya di atas. Ada yang kecewa kerana Ahmad Idham tidak memahami genre satira walaupun dirinya bergelar pengarah. Tidak lama kemudian, seorang pelakon iaitu Khir Rahman turut meluahkan rasa kurang senangnya dengan filem Lelaki Harapan Dunia.

lelaki harapan dunia

Hmmmm. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem Lelaki Harapan Dunia ini jadi nak bagi komen pun tak boleh. Masing-masing ada pendapat sendiri tapi sayang sungguh kalau filem-filem sebegini mendapat kontroversi yang dikaitkan dengan kaum. Susah juga sebenarnya jadi pengarah filem kat Malaysia ini. Nak buat filem yang bagus kena fikir sensitiviti pelbagai kaum. Mungkin sebab itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk buat filem rempit, gangster, hantu dan cinta 3 segi. Hmmmmm. Apa pendapat anda?