Filem Lelaki Harapan Dunia Cetus Kontroversi

Hiburan

Filem Lelaki Harapan Dunia Cetus Kontroversi

Filem Lelaki Harapan Dunia sememangnya antara filem-filem yang dinantikan ramai. Diarahkan oleh pengarah berbangsa Cina bernama Liew Seng Tat, filem bergenrekan satira komedi ini mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.Untuk makluman, filem ini telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 27 November lalu.
lelaki harapan duniaMenariknya filem Lelaki Harapan Dunia ini telah membuat kemunculan terlebih dahulu di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, kemudian di tayangan perdana di Amerika Utara (Festival Filem Antarabangsa Toronto) pada September 2014, diikuti tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun seterusnya pada bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33 serta Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 (merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia).

Bukan senang untuk filem Malaysia memasuki festival-festival sebesar ini. Jadi ini bermakna filem Lelaki Harapan Dunia ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Namun semenjak dua menjak ini, filem ini telah dikritik dengan hebat oleh beberapa nama besar dalam industri perfileman kerana dikatakan terlalu menyindir orang Melayu dan Islam. Kritikan pertama bermula daripada pengarah Ahmad Idham.

Advertisement

lelaki harapan dunia

Pelbagai kecaman telah diterima oleh Ahmad Idham kerana statusnya di atas. Ada yang kecewa kerana Ahmad Idham tidak memahami genre satira walaupun dirinya bergelar pengarah. Tidak lama kemudian, seorang pelakon iaitu Khir Rahman turut meluahkan rasa kurang senangnya dengan filem Lelaki Harapan Dunia.

lelaki harapan dunia

Hmmmm. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem Lelaki Harapan Dunia ini jadi nak bagi komen pun tak boleh. Masing-masing ada pendapat sendiri tapi sayang sungguh kalau filem-filem sebegini mendapat kontroversi yang dikaitkan dengan kaum. Susah juga sebenarnya jadi pengarah filem kat Malaysia ini. Nak buat filem yang bagus kena fikir sensitiviti pelbagai kaum. Mungkin sebab itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk buat filem rempit, gangster, hantu dan cinta 3 segi. Hmmmmm. Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...