May 28th, 2020

Kebelakangan ini, kecoh diperkatakan warganet apabila pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya Engku Imran dikhabarkan sedang berdepan masalah rumah tangga.

laudya cynthia bella

Hal ini demikian kerana, sejak Februari lalu, Laudya dikatakan memadam fotonya bersama suami di akaun Instagram miliknya temasuklah gambar pernikahan mereka.

Tindakan itu mendapat perhatian netizen sekali gus menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kini bagai dilanda badai.

Malah lebih perit, Laudya juga difahamkan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

View this post on Instagram

Happy EID from ours (me and my favorite bag and scarf @coach) to yours✨ . . #CoachIndonesia #CoachNY @kanmogroup.fashion

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Tebaru, sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Laudya dilihat memuat naik fotonya sendirian dengan ucapan ringkas. Namun menjengah ke ruangan komen, posting berkenaan dihujani pelbagai reaksi malah ada yang seakan tertanya-tanya mengapa suaminya tiada di sisi sewaktu bergambar.

laudya cynthia bella laudya cynthia bella laudya cynthia bella

Walau bagaimanapun, muat naik berkenaan dipercayai sekadar posting berbayar daripada satu jenama popular antarabangsa.

Sebelum ini, Laudya pernah menyatakan yang dirinya tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana mahu privasinya terjaga.

Untuk rekod, Laudya dan Engku telah berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di ibu kota.

Sumber: mStar

March 14th, 2020

Sebelum ini, tindakan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella yang memadam semua foto suaminya, Engku Emran cukup hangat diperkatakan. Ada khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bergolak.

Engku Emran Laudya Cynthia Bella

Terbaru, timbul pula spekulasi mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Menurut media Indonesia, ada sumber menyatakan Bella sudah kembali menetap di Jakarta sementara suaminya pula di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, setakat ini mereka belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut.

Laudya Cynthia BellaTerdahulu, selain memadam foto suaminya di Instagram, Bella baru-baru ini muncul di sebuah majlis tanpa memakai cincin perkahwinannya.

Laudya dan Emran yang juga merupakan bekas suami kepada Erra Fazira telah berkahwin pada September 2017.

Sumber Berita : Astro Gempak

February 27th, 2020

Sekitar minggu lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sedang berantakan gara-gara bertindak memadam semua foto bersama suaminya, Engku Emran termasuklah foto pernikahan mereka di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Malah, dia juga turut dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Laudya Cynthia Bella

Terbaru, status perkahwinan Bella sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia muncul di sebuah majlis tanpa memakai cincin perkahwinannya dan sekaligus mencetuskan spekulasi rumah tangganya dilanda badai.

Bagaimanapun, menerusi sebuah wawancara Status Selebritis yang dimuat naik di Youtube SCTV Ahad lalu, Bella mengaku telah minta izin suaminya untuk pulang ke Jakarta selama 10 hari.

cincin kahwin Laudya Cynthia Bella cincin kahwin Laudya Cynthia Bella

Izin pergi dari suami tu paling lama 10 hari. Filem setahun cuma boleh satu filem. Kalau bisnes dia lebih sokong. Kerana menurut dia saya boleh lebih belajar.

Bagaimanapun, gambar-gambar Bella masih lagi berada dalam akaun Intagram suaminya.

Laudya Cynthia Bella Engku Emran

Terdahulu, Bella pernah memberitahu dia tidak akan lagi memuat naik foto suaminya kerana ingin menjaga privasi selain tidak mahu Engku Emran menjadi sasaran wanita ‘kaki sondol’ atau perampas.

Sumber Berita : mStar Online

February 18th, 2020

Rumah tangga aktres cantik Indonesia, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dikenali sebagai Bella kini menjadi perhatian ramai dan didakwa dilanda badai apabila dia bertindak memadam semua foto bersama suaminya, Engku Emran termasuklah foto pernikahan mereka di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

laudya cynthia bella

Berbeza pula dengan Engku Emran yang sehingga kini, masih lagi mengabdikan foto momen indah bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya. Ramai yang tertanya adakah pasangan ini sedang menghadapi masalah?

Bagaimanapun, Bella dan Engku Emran yang baru-baru ini hadir ke sebuah majlis bersama menafikan dakwaan rumah tangga mereka sedang berantakan.

laudya cynthia bella padam foto suami

Terdahulu, Bella pernah memberitahu dia tidak akan lagi memuat naik foto suaminya kerana ingin menjaga privasi selain tidak mahu Engku Emran menjadi sasaran wanita ‘kaki sondol’ atau perampas.

Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Malaysia.

Sumber Berita : mStar Online