December 31st, 2012

Abang Nara suka Tomok. Sejak dari zaman New Boyz lagi, lagu nyanyian Tomok seringkali dinyanyikan oleh diri ini ketika berkaraoke. Terbaru, Tomok muncul dengan single yang berjudul “Penipu”. Not bad jugak!!!

penipu daripada tomok

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna buat Tomok dengan kehadiran cahaya mata sulungnya. Semoga tahun 2013 yang akan menjelma esok menjanjikan lebih banyak kebahagiaan dan kenikmatan buat mereka sekeluarga. Buat peminat Tomok, lagu Penipu ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah tahun baru untuk anda.

Selamat tahun baru buat Tomok dan keluarga. Semoga dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2013 kelak. Amin ~~

September 29th, 2009

tomok baru

Tiba-tiba teringat nak post video New Boyz waktu Tomok muka babyface dan innocent tak ingat. Bukan apa Ahad lepas masa gi karaoke, member kitorang habis feeling nyanyi lagu nie. Member-member yang lain bantai gelak kat belakang sebab tak percaya inilah wajah Tomok suatu ketika dulu. Cuba bayangkan gambar di atas dengan video kat bawah nie. Memang makin hensem skang si Tomok ni kan?

P.S: Kami tidak bertanggungjawap sekiranya perut anda terburai akibat kegelakan yang melampau.

P.P.S: Jangan lupa tengok Project Alpha. Sekarang nie dah turn NicoleKiss dah.

nuffnang awards