Written by AbangNara | October 19th, 2009

Oh Yuna,

enggan percaya apa media tulis,

pabila,

mereka asik kutuk kau sombong,

dan artikel zubir asyik memerli engkau,

pabila,

kau taknak bagi no telefon pada nya…

adakah kerna kau taknak bagi no telefon,

mereka terus cop kau ni berlagak,

dan sebenarnya apakah yang berlaku,

disebalik cerita-cerita yang kubaca itu,

ku enggan,

percaya apa ku baca,

ku enggan,

melihat kau asyik dikutuk media,

oh ku akui sedih

telah menular dalam diri

jikalau

kau ni betul-betul sombong….

.

Bagi kami, tak ada masalah kalau Yuna taknak bagi nombor telefonnya kepada Zubir ataupun media-media yang lain. Yuna ialah Yuna. Bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Sharifah Aini atau bukannya orang lain. Terpulanglah pada dia nak share atau taknak nombor telefon peribadi dia. Kami rasa bagi Yuna, kehidupan peribadi dia lebih bernilai daripada kepopularitian yang mampu diperoleh daripada media-media.

Dan sebab itulah adanya Wawa, pengurus Yunalis Zarai nie. Apa guna manager kalau tak boleh handle benda-benda nie kan? Dan bagi kami, Wawa dah cakap elok-elok kat Zubir yang parents Yuna tak bagi kebenaran untuk bagi komen tentang cerita-cerita sensasi yang geng-geng Zubir tulis. So nak mintak respon apa lagi? Kang tak pasal-pasal menderhaka kat mak bapak pulak.

Seperti yang kami pernah tulis dulu, si Yunalis nie sememangnya orang yang cakap sepatah jawap setengah patah. Dan dia lebih gemarkan kepopularitiannya bercambah dengan bakat seninya. Bukan dengan gosip-gosip murahan macam nie. Daripada Yuna buang masa nak bagi komen, baik dia pergi terperap dalam bilik fikir idea buat lagu baru.

Apa-apapun kami nak ucapkan tahniah kepada Yuna sebab albumnya bakal dilancarkan di Korea Selatan bulan 12 nie. Tengok tue betapa orang kat sana pun menghargai bakat orang berseni macam nie. Media-media negara kita nie sikit-sikit nak hentam orang sampai tak larat nak berdiri balik dah. Patut buat la citer pasal kejayaan Yuna tembus market Korea. Bukan senang tue ~~

Buat Yuna, all the best dan jangan layan gosip-gosip murahan macam nie. You deserve more than these people writing. Selamat maju jaya dan selamat berkonvo 30 Oktober ini. Oh ya dan buat anda yang nak jadi Fan Facebook Yuna, leh add kat sini.