Written by Bella | January 9th, 2018

Sejak menyertai program pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza 2017, nama kumpulan UNIC kembali bersinar ataupun di angkat semula dan mendapat peminat baharu terutama sekali golongan muda.

Ramai yang tahu, keakraban ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Fakhrul, Bazli dan Najdi tidak dapat disangkal  lagi. Namun, peminat mereka menerima berita yang agak mengejutkan apabila Najdi dikatakan telah menarik diri daripada UNIC kerana timbulnya salah faham bersama Bazli.

Malah, muat naik Nadji dengan kapsyen “Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau” menguatkan lagi dakwaan penarikan dirinya itu.

Nadji  menerusi portal Harian Metro mengakui “posting” tersebut ditujukan kepada Bazli dan memberitahu beliau sukar untuk bekerja dengan Bazli yang disifatkan seorang yang  suka cakap lepas.

Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana. Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul. Kesabaran saya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.

Semestinya peminat UNIC bersedih dengan keputusan mengejut Nadji. Walaubagaimanapun, kami tetap berharap agar perkara ini tidak berpanjangan dan semoga perbalahan mereka ini dapatlah diselesaikan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 7th, 2017

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita sedih dimana anak kepada Bazli UNIC, Muhammad Syahid telah disahkan meninggal dunia akibat kanser limfoma. Seluruh netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada Bazli dan keluarga atas pemergian anak kecil itu.

Ketika ditemui pihak media, Bazli memberitahu beliau dan isteri sudah redha dengan pemergian anak mereka.

Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan. Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti.

Arwah Muhammad Syahid disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas solat Zohor.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 7th, 2017

Takziah kami ucapkan kepada Bazli, ketua kumpulan nasyid UNIC yang baru sahaja kehilangan permata hatinya, Muhammad Syahid yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser Limfoma. Bazli memaklumkan berita pemergian arwah anaknya itu menerusi akaun Instagramnya.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…

Untuk makluman semua, Muhammad Syahid dimasukkan ke HKL sekitar bulan Februari selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.

Kami di Beautifulnara turut bersedih dengan berita pemergian arwah Muhammad Syahid. Semoga Bazli dan keluarga tabah dengan ketentuan Allah SWT ini. Mari sama-sama kita sedekahkan Al –Fatihah buat arwah Muhammad Syahid..

Sumber Berita : Utusan Online