Written by Bella | January 9th, 2018

Sejak menyertai program pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza 2017, nama kumpulan UNIC kembali bersinar ataupun di angkat semula dan mendapat peminat baharu terutama sekali golongan muda.

Ramai yang tahu, keakraban ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Fakhrul, Bazli dan Najdi tidak dapat disangkal  lagi. Namun, peminat mereka menerima berita yang agak mengejutkan apabila Najdi dikatakan telah menarik diri daripada UNIC kerana timbulnya salah faham bersama Bazli.

Malah, muat naik Nadji dengan kapsyen “Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau” menguatkan lagi dakwaan penarikan dirinya itu.

Nadji  menerusi portal Harian Metro mengakui “posting” tersebut ditujukan kepada Bazli dan memberitahu beliau sukar untuk bekerja dengan Bazli yang disifatkan seorang yang  suka cakap lepas.

Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana. Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul. Kesabaran saya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.

Semestinya peminat UNIC bersedih dengan keputusan mengejut Nadji. Walaubagaimanapun, kami tetap berharap agar perkara ini tidak berpanjangan dan semoga perbalahan mereka ini dapatlah diselesaikan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

32 responses to Memang Dah Lama Tak Puas Hati Dengan Kau- Najdi Tarik Diri Dari UNIC Kerana Bergaduh Dengan Bazli?

  1. Pekerja Gomen says:

    Betul la tu…. keputusan tepat…
    Daripada ko dapat kawan yang straight to tbe point..
    Bila ko buat sesuatu yg tak kena dia sound setepek… lebih baik ko cari kawan yang senyum dan cakap manissssssssss…. diam2 tikam ko dari belakang.

    84

    0
    • Miss Unibes says:

      UNIC ni dah berapa kali tukar ahli? Rasa2 Bazli ni ahli asal UNIC ke? Macam lama tengok muka dia kat UNIC. Seingat aku Hafiz Hamidun dan Fitri antara yg ‘ditendang’ dari UNIC. HH sebab kisah cinta dia dgn Waheeda kot punca dia ‘ditendang’. Taktau sampai ke tak cinta HH dgn Waheeda dulu. Fitri sebab kawin siam punca ‘ditendang’. Hijjaz waktu tu memang betul2 tegas. Taknak artis2 diorang ada gosip2/berita panas. Kalau ada, sedialah ‘ditendang’. Tapi sekarang UNIC masih under Hijjaz ke? Whatever. Rabbani jugak sempoi under KRU dulu. Lagu2 pun ada selit rap. Tak! Siapa perasan tengok LV Iqram Dinzly sebelum new year hari tu pasti akan dengar org sekeliling(kawan2 kot) ID berbual. Antaranya aku dengar nama Bazli UNIC ni. Tak dengar sangat perbualan kwn2 ID tu. Tapi memang ada dengar nama Bazli disebut.

      1

      0
    • Anonymous says:

      yang gigih nak pertahankan palestin itu lah paling suka berbalah sesama sendiri. cakap tak serupa bikin. huahuahua….

      2

      4
    • Anonymous says:

      actually yang jenis sound straight to the point ni ada 2, pertama yg ikhlas nak perbaiki kita, dia akan sound privately, and benda yng dia tegur tu adalah benda yng kita bleh perbaiki, contohnya cara kerja dll.
      x semua yang tegur straight to the point tu ikhlas nak tolong…ada yg sound sbb dia fikir dia je betul pastu sakit hati tgk org lbih dr dia….

      8

      0
  2. Anyn says:

    Najdi yg mana satu.. Kalau blog nara ni… Artis nasyid pun nara up cerita buruk Je..

    9

    0
  3. Kipas Lipas says:

    series kali ni mmg aku x kenal sapa nadji, bazli & fakhrul. padahal aku mmg kaki gosip artis. nk google pun malas

    16

    0
  4. Anonymous says:

    siapa ni siot??

    1

    0
    • Anonymous says:

      kalau org malaysia penyanyi nasyid ni kira utusan dari syurga lah gitu. ada janggut sejemput, mata kuyu, nyanyi pun lentok kiri kanan jer, tangan pegang erat.

      6

      1
  5. Mak jemah says:

    Mano satu bazli..mano satu najdi dan mano plk fakree? Tk kenal..tolong la perkenalkan…mak chemah suka dongar lagu2 nasyid skrg nih…

    0

    0
    • Minah ke do says:

      Ikt gmbr kt atas bazli sentiase di sblh kiri,fakhrul di tgh n najdi di hjg..rsenye xde mslh org jns ckp lps ni kalo korg wt sesuatu yg btul..mgkin ko wt silap sb tu kne sound direct..fakhrul tu msh kekal je bkjesama dgn bazli dr dlu spai skg..sbg bekas imam muda n bekas ahli kump nasyid rsenye caption najdi tu cm agk kurg sopan jgkla..

      46

      8
      • ramli says:

        byknya dislike padahal komen ni positif pun

        3

        3
      • emma says:

        fakhrul mybe hati kental.. najdi hati tisu… orang ni lain2 jgn disamakan semua. Ada org kita ckp cara lembut ada org ckp cara kasar pon dia wat tak reti. Bazli ni sebijik mcm abg sy.. Kalau ada event apa2 yg sy tak leh join bukan sbb saje2 sbb kekangan masa & duk jauh kat utara. Dia kata sy lupa jalan nak balik. Instead of cakap benda yg menyakitkan hati why not tanya kenapa? apa masalah? kenapa xleh join? Bukan ckp something yg mnyakitkan hati.

        25

        0
        • Anonymous says:

          alaaa…ko je y sentap lbh…ok laa tu abg ko ckp “lupa jln balek” drpd dia dok maki2 ko…..bg aku maybe abg ko fhm kot ko x blh blek sbb dok jauh tp bese laaa abg ko tu gurau kasar…tu pn nk sentap…ko pn sme hati tisu cam si nadji poyo ni….kkdg org y hati tisu ni klu org gurau kasar dgn dia xblh..tp klu dia sound org perrghhh blh thn pedasnya….so dr ayat nadji tu pn aku rs cam kurg sopan….kot ye pn ko ade mslh dgn bazli x perlu kot nk tls kat media sosial…seolah2 cam ko cb nk bkk aib bazli tu….drpd org xtau cite jd tau…dan dh tentu org akn kecam si bazli tu..motif si nadji ni tulis kat media sosial kenapa?kt pn hnya dgr cite sebelah pihak je…kt pn xtau cara keje si nadji ni camne..ok ke x…berdisplin ke x…

          9

          1
  6. Aku says:

    Ntah lah apa nak jadi dengan diorang ni. Tapi si Fakhrul memang nampak paling cool dan matang. Mengaji pun sedap.

    34

    0
  7. Losernyekodik says:

    Kelakar tgk komen kat ig…nasyid pon peminat mulut puaka ek? Tgk la imansubri99 tu lol

    9

    0
  8. Anonymous says:

    Najdi rasanya yg paling last masuk. Tempat dia ni bersilih ganti. Rasanya pernah dgr diaorg on air di Sinar.fm. Nak keluar, keluar jelah… tak perlu emo macam tu. Memalukan grp nasyid.

    20

    0
  9. Bob Barli says:

    Aku xtau la org lain, tapi 1st impression aku, aku rasa statement Najdi mcm tak matang n sedikit mendedahkan aib si Bazli tu. Kalau artis lain keluar group, selalunya akan bgtau takde persefahaman, tak spesifik la tak puas hati dgn sape.

    28

    0
  10. Anonimos says:

    Dari kiri, yg pkai baju merah tu bazli,tengah fakhree,dan yg pkai baju hitam tu najdi. Tapi kan aku rasa (aku rasalah) ni just gimik/propa. Sebab mggu ni kan ada anugerah nasyid. Mana tau nnti dia tetiba muncul atas stage. Ada kena mengena dgn lagu baru doranglah kut, “Sedar”

    15

    0
  11. Anonymous says:

    rasanya gimik je..jangan laa tertipu..sekian

    3

    0
  12. melati says:

    Wow …comey2 belako Cimpazi sekarang ..!!! indah nya ciptaan Tuhan….!!

    0

    5
  13. ina says:

    Rasanya masa diorang kena tangkap di sempadan syria aritu,ada terperasan bazli marah kat najdi masa interview “ni ko lah punya pasal, ramah sangat sampai dengan semua orang nak berborak”‘. Try tengok video tu kat YouTube

    2

    0
  14. Anonymous says:

    najdi ni kelantan ke…buat malu grup nasyid buat statement cenggitu…setel diam2 jela bangang….

    2

    0
  15. Anti ustaz bergaduh says:

    Ala… sebahagian golongan ustaz2ni memang suka bergaduh sesama sendiri. Masing2 nak tunjuk dia ahli syurga. Tak terkejut pun kalau bergaduh..ustaz2 hebat pun saling berbalah sesama sendiri, inikan pula penyanyi nasyid. Semua sbb nk kejar glamor. Ustaz2 skrg byk yg kejar glamor.

    2

    0
  16. black widow says:

    aku berkenan kat tengah tu.

    2

    0
  17. bajet says:

    aritu bazli datang tempat aku …aku tegur pon buat mcm endah tak endah.. patut pon najdi keluar..

    2

    1