March 1st, 2010

shahir af8

Rasanya bekas-bekas ahli kumpulan Saujana nie memang suka betul masuk program realiti. Kalau dulu Khairul Izwan Baharin pergi audition OIAM, kali nie kami dengar yang Shahir pulak berjaya masuk Top 20 Akademi Fantasia 8. Menurut sumber yang tak boleh dipercayai sangat nie, si Shahir nie memang ada pakej  yang lengkap. Maksudnya memang handsome, suara pun lunak dan berpengalaman dalam bidang seni nie.

Sekali imbas gambar kat atas nie, memang terserlah jugaklah kekacakan si Shahir Saujana nie. Kami rasa dia boleh lepas dan masuk senarai finalis peserta AF8. Kena tunggu konsert Tirai Akademi Fantasia 8 dulu nanti. Tengok betul ke tak betul yang si Shahir nie terpilih.

album baru saujana

Alang-alang dah bercakap pasal Saujana nie, kami nak melaporkan yang Saujana sudah pun keluarkan album terbaru diorang yang bertajuk Nota Cinta. Kami dah dengar dah lagu-lagu diorang. Boleh tahan jugaklah sedapnya. Orang kata kira boleh layan jugaklah. Kalau anda memang peminat Saujana, jangan lupa dapatkan album terbaru diorang nie.

Untuk info terbaru pasal Saujana, boleh pergi ke laman rasmi Saujana di http://www.saujana.net.my.

August 6th, 2009

saujana

Agak lama tak dengar tentang kumpulan nasyid Saujana yang suatu ketika dulu femes dengan lagu Sepohon Kayu. Paling last pun pasal kekecohan seorang bekas anggotanya, Khairul Izwan Saujana yang pergi audition One In A Million dengan gaya yang lain macam sikit.

Namun ada info baru yang kami terima baru-baru ini tentang kumpulan ini. Katanya album baru kumpulan Saujana akan diterbitkan semasa puasa nanti. Proses pembikinannya dah siap 90%. Jadi kalau anda peminat kumpulan Saujana, jangan lupa untuk dapatkan album diorang nie.

Oh selepas keluarnya Izwan daripada Saujana, ahli-ahli kumpulan nie sekarang terdiri daripada Najran, Pyan, Azalinor dan Zuhaidi. Dengar khabarnya bakal ada 2 lagi anggota baru yang akan join diorang tak lama lagi. Makin mantap la nampaknya kot.

Kalau anda berminat untuk mengenali lebih lanjut tentang kumpulan ini, ada website diorang di http://www.saujana.net.my. Lagi gambar ahli-ahli kumpulan Saujana dalam Malaysia Hari ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

saujana

saujana

saujana