June 14th, 2013

Fuh ~~ Tak sangka kulit putih sangat pun boleh menimbulkan kontroversi. Kesian pulak Abang Nara kat si Adira ini. Baru-baru ini apabila Adira berkongsi gambarnya dimasukkan ke hospital, terus banyak pihak menganggap kemasukannya itu adalah kerana pengambilan ubat pemutihan kulit.

adira putih hospital

Memang jika makan ubat cantikkan kulit yang tidak diluluskan KKM akan ada bahayanya. Namun Adira memberitahu yang kemasukkannya ke hospital adalah akibat demam panas. Tida ada kaitan dengan kulit putihnya itu. Kata Adira:-

Saya dimasukkan ke hospital pada Khamis minggu lalu setelah beberapa hari demam. Pada mulanya saya cuba untuk bertahan, tetapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Saya mula rasa hendak pitam dan badan juga semakin lemah.

Selepas empat hari demam dan masih tiada tanda-tanda panas berkurangan, barulah saya gagahkan diri ke hospital. Suhu badan saya ketika itu agak tinggi, sekitar 43 darjah Celcius. Saya dimasukkan ke hospital selama tiga hari dan dibenarkan keluar Ahad lalu.

adira putih hospital

Sebelum ini Adira telah pun menafikan dirinya mengambil sebarang ubat atau suntikah untuk memutihkan kulit. Menurut Adira, dia hanya menggunakan pelembap biasa sahaja. Tambah Adira lagi:-

Saya hanya demam panas, tiada kaitan dengan apa-apa. Semua orang boleh ditimpa demam, jadi janganlah membuat tuduhan yang tidak berasas. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya sudah semakin baik. Malah, saya sudah kembali menyanyi seperti biasa.

Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu melihat keputihan dan kegebuan kulit Adira. Tak perlu nak cemburu. Hitam itu kan manis? Kepada Adira, semoga lekas sembuh sepenuhnya. Jaga diri dan pentingkan kesihatan tubuh badan. Info asal Berita Harian.
ronasutraP.S: Kalau nak tampil cantik menawan tanpa pengambilan ubat, Abang Nara sarankan mencuba mineral makeup Ronasutra ini. Dutanya ialah si jelita Vanida Imran dan Linda Roslan. Abang Nara pernah tengok demonstrasi yang dilakukan. Memang jelas perbezaan wajah sebelum dan selepas. Makin berseri-seri!!!. Layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra untuk informasi lanjut.

 

May 6th, 2013

Tidak dinafikan kulit Adira semenjak dua menjak ini memang melampau putihnya. Sekali tengok, macam orang sakit pun ada juga. Malah banyak peminat Adira yang melahirkan rasa bimbang kerana risau Adira mengalami kesan sampingan daripada pemakanan ubat-ubatan.

adira putih sangat

Namun berkata kepada Mstar Online, Adira menafikan yang dirinya mengambil suntikan atau ubat. Menurut Adira, kulitnya memang semulajadi putih. Kata Adira:-

Saya memang dilahirkan dengan kulit yang putih dan ingin ditekankan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang teknik suntikan atau memakan pil untuk mendapatkan kulit putih dan gebu. Dulu nampak gelap sikit mungkin sebab cuaca di Ranau panas dan apabila ke Kuala Lumpur ia tidak seteruk di sana tambahan pula apabila menjadi artis saya lebih bijak menjaga penampilan diri,

adira putih sangatNamun Adira mengakui yang dia menggunakan sejenis krim yang bertindak untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kata Adira:-

Benar saya gunakan krim tetapi ia krim biasa sahaja dan saya yakin orang lain juga ada menggunakannya. Saya tidak lihat ada apa-apa isu sekiranya saya ingin menggunakan krim tersebut bagi menjaga kesihatan kulit saya

Memang Abang Nara selalu dengar bahawa kulit orang Sabah memang cantik-cantik, licin-licin dan putih. Namun tak sangkalah seputih Adira ini. Memang boleh bikin cemburu dibuatnya. Apa pun, biarlah putih mana pun asalkan Adira sihat sejahtera tanpa sebarang penyakit.

adiraP.S: Inilah sebenarnya rahsia kecantikan dan kemulusan kulit Adira. Maklumat lanjut ke Facebook Beutskin Essence