Written by Bella | March 31st, 2017

Sebentar tadi, portal Kosmo melaporkan penyanyi Shila Amzah telah kalah dalam kes saman yang difailkan terhadap salah seorang wartawan hiburan akhbar berkenaan sekitar tahun 2014. Pihak Shila mendakwa artikel yang ditulis oleh wartawan Kosmo berunsur fitnah itu disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 17 September 2014.

Perkara itu mendapat perhatian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin. Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau ada membuat sedikit teguran.  Menurut Tengku Khalidah, seseorang artis itu bukan menerima pujian sahaja, tetapi mereka juga harus bersikap terbuka sekiranya dikritik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan Shila selaku plaintif membayar kos  sebanyak RM 20,000 kepada pihak Kosmo.

Sumber Berita : Kosmo / Instagram Tengku Khalidah Tengku Bidin