Written by Bella | April 28th, 2018

Bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, pelakon Atikah Suhaime merayu agar tiada pihak bertanya mengenai kisah kontroversi beliau sebelum ini kepada tunangnya, Awi Rafael yang sudah menerima diri beliau seadanya.

Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya. Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan.

Sah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lepas, Atikah mengakui Awi adalah insan yang banyak memberikan beliau semangat untuk terus bangkit saat beliau sudah berputus asa dalam kehidupannya.

Terdahulu, Atikah terlibat dengan kontroversi panas selepas foto bogel miripnya besama pelakon Idris Khan mula tersebar. Gara-gara itu beliau sudah tidak mendapat tawaran berlakon lagi dan terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura kerana wang simpanan beliau sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | April 6th, 2018

Kontroversi Bigo Live membabitkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha ELyzza sudah berlalu lebih enam bulan namun impaknya terhadap kerjaya Fathia dan Natasha sangat besar dan berpanjangan. Kepada Utusan Online, Natasha Elyzza mengatakan dia menyesal terbabit dengan kontroversi itu dan mengakui ia adalah perbuatan bodoh.

Kata Natasha:

Isu itu membuatkan ramai bimbang mahu ambil berlakon kononnya takut saya buat hal. Ada antara alasannya pihak stesen televisyen menolak nama saya kerana kononnya isu itu masih segar lagi.

Tipu kalau saya katakan hal seperti ini tidak membunuh kerjaya. Saya akui, jatuh terduduk juga kerana kontroversi ini.

Tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, Tasha sedar, segala kesalahan itu datang daripada dirinya sendiri yang gagal menggunakan akal untuk berfikir secara rasional.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 27th, 2018

Terbabit dengan kontroversi menari seksi bersama Fathia Latiff di Bigo Live sebelum ini, pelakon Natasha Elyzza menerima padahnya apabila sudah enam bulan menganggur. Walaupun tawaran berlakon itu ada,namanya sering digugurkan dan ditolak oleh stesen televisyen.

Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan. Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televisyen, ia mungkin disababkan kontroversi tersebut.

Natasha sudah menyesali perbuatannya sebelum ini dan meminta agar diberikan peluang terakhir untuk kembali berlakon.

Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat. Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu.

Sebab itu seseorang itu harus fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan ikut kata hati, nanti mati. Namun, tidak salah untuk berikan peluang kedua kepada Natasha tetapi janganlah ulangi kesilapan yang sama.

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | February 27th, 2018

Sebelum ini, Natasha Elyzza terbabit dengan kontroversi melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Bigo Live. Sejak itu,  Natasha Elyzza tidak lagi menerima tawaran berlakon, tambahan pula Michael Ang membuat pengumuman bahawa dia tidak akan mengambil Natasha berlakon lagi.

Melalui Instagramnya, Natasha memberitahu dia rindu untuk berlakon semula dan meminta agar dia diberikan peluang terakhir.

I love my work, and i miss my work so much. Yes, what i did at the past was my biggest mistake, all i wish is for a last chance. ? #rindunakberlakon #rindukerja #rindumasukset #hopefullymasihadapeluang bismillahirahmanirahim

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


Sebelum ini, Natasha pernah berlakon memegang watak pembantu dalam drama seperti M.A.I.D, Generasi Dunia Baru, Duri Dihati, Bila Hati Perempuan Menjerit, Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa dan Laman Sosial. – beautifulnara.com