October 18th, 2013

RM30,000 bukanlah satu angka yang kecil. Satu ketika dahulu Abang Nara pernah kongsikan satu artikel mengenai dakwaan Afiq Muiz melarikan wang sebesar itu daripada syarikat produksi Global Station. Setelayath lama berdiam diri, Afiq tampil menjelaskan situasi yang sebenar. Ternyata dakwaan tersebut adalah palsu.

afiq muiz

Menurut Afiq, antara dirinya dan Global Station tiada sebarang masalah atau salah faham yang berlaku. Kemungkinan besar dakwaan yang dilakukan adalah kerana rasa dengki sesetengah pihak terhadapnya. Kata Afiq:-

Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station.

Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station. Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan

afiq

Kalau macam itu baguslah. Lagipun Afiq adalah artis residen Global Station. Takkanlah Afiq nak buat perangai dengan syarikat yang telah menaikkan namanya. Tak gitu? Abang Nara turut lega mendengar yang Afiq kini sudah menerima kembali tawaran lakonan setelah kontroversi bersama ibunya berakhir. Diharap Afiq gunakan peluang ini sebaik mungkin dan tidak mencetuskan lagi hal yang bukan-bukan.

P.S: Mazda 2 Elegance terima penambahbaikan di Thailand

September 23rd, 2013

Tak habis-habis kontroversi yang melanda Afiq Muiz ini. Abang Nara perasan sejak kontroversi Afiq dengan ibunya, memang makin jatuh merudum popularitinya. Tak nampak dah di mana-mana rancangan TV. Terbaru menerusi BiPop semalam, Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.

afiq muiz

Wang RM30,000 ini adalah bayaran pendahuluan untuk Afiq Muiz menjadi artis residen Global Station milik Datin Zaiton Muhammad Jiwa. Berikut ialah penjelasan daripada Alia Ramli, yang merupakan penerbit eksekutif Global Station:-

Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik.

Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan.

Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu.

Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?

Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini.

afiq muiz

Takkanlah kerana RM30,000 Afiq Muiz dah kabur mata? Berapa lama sangatlah wang sebanyak itu boleh bertahan. Sepatutnya Afiq kenalah mengenang budi Global Station yang menaikkan namanya. Orang dah berjasa, kita patut membalasnya. Semoga Afiq dapat menghubungi Global Station secepat mungkin dan menyelesaikan masalah ini. Kang tak pasal-pasal kena seret masuk mahkamah pulak.
afiq muizP.S: Fuh ~~ Memang terbaik BestBuy-World ini. Semua jenis barangan ada dijual. Lagi terbaik sebab ia lebih murah daripada harga yang dijual di tempat lain. LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk mempercayainya.

July 2nd, 2013

Setelah lama menyepi tanpa sebarang berita, pasti banyak pihak tertanya-tanya apakah kesudahan kontroversi antara Afiq Muiz dan ibunya. Sudah berbaik ke? Masih bermasam muka ke? Atau mungkin masih tidak bertegur sapa?

afiq muiz

Hari ini menerusi Berita Harian, Afiq memaklumkan yang hubungannya dengan ibu sudah pun pulih. Namun Afiq enggan mengulas lanjut kerana takut kenyatannya ditokok tambah untuk menghangatkan lagi cerita. Kata Afiq:-

Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami (saya dan ibu) sudah OK. Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.

Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan komen panjang lebar

afiq muizAfiq Muiz turut menafikan yang dirinya berpegangan tangan dengan teman tapi mesranya, Eina Azman. Malah Afiq memohon agar dirinya tidak difitnah lagi. Namun Abang Nara gembira apabila mendengar Afiq masih mendapat tawaran lakonan walaupun dihimpit kontroversi sebegini.

Bila masa pula kami berpegangan tangan? Saya rasa tidak perlulah saya komen hal ini, tolong jangan menambah fitnah ke atas diri saya.

Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM

afiq muiz

Lega hati Abang Nara mendengar hubungan Afiq dan ibunnya sudah pulih. Baguslah begitu. Semoga hubungan tersebut dapat dirapatkan kembali seperti sediakala. Jangan gaduh-gaduh lagi. Hormati, sayangi dan kasihanilah ibu anda. Semoga hidup Afiq Muiz akan lebih diberkati selepas ini.

P.S: Jaguar C-X75, kereta kuasa tinggi dengan enjin hibrid

May 29th, 2013

Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.

afiq muizAntara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-

Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.

afiq muiz

Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Abang Nara agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-

Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.

afiq muiz

Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekali dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

P.S: Gambar perkahwinan kali ketiga Ustaz Azhar Idrus