Written by serenity | December 10th, 2017

Baru-baru ini pelakon dan pengacara popular Neelofa telah memuat naik video KLCC yang dirakam sewaktu memandu keretanya. Tanpa disangka, ada pihak yang mengaitkan tindakan Neelofa memuat naik video itu kononnya ialah kerana dia masih terkenangkan Fattah Amin.

Ini kerana, Fattah Amin pernah menulis mengenai kebanggaanyya dapat menggunakan khidmat parkir Valet di KLCC setelah menjadi popular sebagai pelakon dalam buku 99 Kata-kata Fattah Amin. Melalui Melodi TV3 hari ini, Neelofa menafikan bahawa video itu sama sekali ada kaitan dengan pelakon yang kini menjadi suami Nur Fazura itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | November 29th, 2017

Baru-baru ini netizen agak kecoh mengatakan Neelofa masih lagi belum dapat menerima kenyataan Fattah Amin sudah berkahwin dengan Fazura apabila memuat naik video KLCC simbolik kepada diri Fattah.

Walaubagaimanapun, nampaknya segala tanggapan netizen serta peminat Lofattah tidak benar sama sekali kerana Neelofa menerusi rancangan MeleTOP semalam dengan nada cukup gembira mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Fazura diatas perkahwinan mereka.  Ini jelas membuktikan Neelofa sudah melupakan kisah lalunya bersama Fattah.

Kalau Neelofa sudah boleh meneruskan hidupnya, rasanya peminat tegar Lofattah bolehlah buat perkara yang sama. Tidak perlu lagi kaitkan nama Fattah dengan Neelofa. Doakan yang terbaik buat Neelofa.

Sumber Berita & Video : YouTube MeleTOP

Written by Bella | November 28th, 2017

Beberapa jam sebelum majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura berlangsung, Neelofa ada memuat naik satu video di akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai. Ia merupakan video bangunan KLCC dengan kapsyen “Just looking at you makes me happy.”  Kalau anda masih ingat, fenomena Lofattah sebelum ini lebih hangat diperkatakan sebelum wujudnya hashtag Fattzura.

Keserasian dan kemesraan antara Neelofa dan Fattah memang nampak semulajadi sehingga digosipkan sedang hangat bercinta.

Rata-rata netizen mendakwa video KLCC tersebut sebenarnya ditujukan buat Fattah. Kalau ada yang tahu,  ada satu petikan daripada buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang berbunyiAku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan. Maka KLCC didalam video Neelofa adalah simbolik kepada diri Fattah.

Kami faham hasrat peminat Lofattah untuk melihat dua artis pujaan mereka ini kembali bercinta bersama sudah musnah apabila Fattah kini sah menjadi suami Fazura. Namun, ia tidak bermakna Neelofa belum “move on” daripada kisah mereka dahulu. Sebagai peminat, apa kata doakan yang terbaik sahaja buat Neelofa dan janganlah lagi mengungkit kisah lalu.

 

Written by AbangNara | January 11th, 2013

Pada hari Ahad yang lepas, Abang Nara agak bosan hanya duduk di rumah. Tiba-tiba idea datang menjelma. “Jom sayang kita pergi jalan-jalan kat KLCC,” kata Abang Nara kepada wife tercinta. 20 minit kemudian, kami bertiga sudah tiba di pintu gerbang KLCC.

petronas moto sports

Kalau sebelum ini asal pergi KLCC je mesti untuk bershopping, kali ini Abang Nara buat kelainan. Kami nak cuba naik Sky Bridge Tower. Senang je rupanya nak pergi. Cuma cari Menara 1 dan turun escalator satu tingkat ke bawah.

petronas moto sports

Turun sahaja escalator, Abang Nara dah nampak satu barisan yang panjang. Ramai betul foreigner yang ingin menikmati keindahan pemandangan Kuala Lumpur daripada jambatan gantung KLCC. Tak sangka la pulak.

petronas moto sports

Tengah syok tengok orang ramai di situ, tiba-tiba mata Abang Nara tertumpu kepada sesuatu. Ada skrin besar di hadapan barisan panjang tersebut. Dan ada macam molekul-molekul yang bergerak di dalam skrin itu. Agak menarik!!!

petronas moto sports

Abang Nara dengan pantas bertanya kepada pegawai yang bertugas di situ tentang skrin besar ini. Rupa-rupanya ini ialah Petmos Interactive Wall. Ada unsur liquid dan metal di dalamnya yang agak bergerak berdasarkan pergerakan tangan kita. Abang Nara terasa teruja dan terus mencubanya dengan seorang budak di situ.

Menurut si pegawai bertugas, sekiranya kedua-dua unsur ini bergabung dengan betul, akan muncul reaksi-reaksi tertentu. Sayangnya seperti yang anda lihat di dalam video di atas, Abang Nara gagal membentuk gabungan yang tepat. Sepatutnya ada 5 reaksi seperti video di bawah ini.

Bayangkan sebuah dinding yang mempunyai paparan yang menarik, gorgeous dan akan memberikan reaksi berdasarkan pergerakan anda. Seolah-olah anda bermain dengan bayang-bayang sendiri tetapi bayang-bayang anda memberikan tindak balas yang sangat awesome. Kalau terasa ingin mencuba seni visual yang baru dan sophisticated, inilah peluang anda.

Tempat: Petronas Twin Towers Skybridge Visitor’s Center
Tarikh: Today – 18th Januari
Waktu Operasi: 9:00am – 7:00pm (TBC)

petronas moto sports

Kalau anda pun ada kelapangan masa, ambillah peluang ini untuk mencuba Petmos Interactive Wall dengan tangan anda sendiri. Sila cepat sebelum terlambat.