March 30th, 2020

Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung khusus bantuan untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.

khai rosma

Isu berkenaan turut mendapat perhatian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama iaitu Khai dan Rosma.

Menurut mereka, artis patut diberi bantuan kerana sebelum ini sudah banyak menghiburkan rakyat Malaysia. Jika tiada artis, tiadalah rancangan hiburan dan tiada juga lagu-lagu raya berkumandang ketika Hari Raya.

semua orang lupakan artis bila artis memerlukan

Mereka sudah banyak berkorban untuk menghibur dan menggembirakan ramai, apa salahnya jika kali in mereka pula meminta bantuan.

Khai dan Rosma turut meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak melupakan para artis ketika mereka memerlukan di saat getir ini.

artis bantuan kerajaan

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.

December 1st, 2014

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar berita mengenai penyanyi Rosma dan suaminya Khai. Perkembangan terbaru mengenai mereka ialah Rosma kini sudah bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang baik, apatah lagi semakin ramai selebriti berhijrah sejak kebelakangan ini.

A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


Keduanya kini sedang giat mempromosikan produk bagi menguruskan badan dan tenaga di Instagram dan juga di bazar sekitar Kuala Lumpur.

A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


Tahniah diucapkan kepada Rosma di atas penghijrahan ini, semoga terus Istiqamah!

July 18th, 2009

anak khai dan rosma

Tahniah buat Khai dan Rosma. Semalam kira-kira jam 5.35 pagi, Rosma telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka di Pusat Rawatan Islam Al-Zahrah. Nama anak Rosma dan Khai masih dalam proses perbincangan. Tapi salah satu nama yang dicadangkan ialah Muhammad Amzar Danish.

Buat masa ini masih tak ada lagi gambar anak Khai dan Rosma nie. Nanti kalau ada kitorang akan update secepat mungkin. Tahniah sekali lagi kepada Khai dan Rosma kerana sudah bergelar ayah dan ibu.