Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Semua Orang Lupakan Artis Bila Artis Memerlukan – Khai & Rosma

khai rosma

Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung khusus bantuan untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.

khai rosma

Advertisement

Isu berkenaan turut mendapat perhatian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama iaitu Khai dan Rosma.

Menurut mereka, artis patut diberi bantuan kerana sebelum ini sudah banyak menghiburkan rakyat Malaysia. Jika tiada artis, tiadalah rancangan hiburan dan tiada juga lagu-lagu raya berkumandang ketika Hari Raya.

semua orang lupakan artis bila artis memerlukan

Mereka sudah banyak berkorban untuk menghibur dan menggembirakan ramai, apa salahnya jika kali in mereka pula meminta bantuan.

Advertisement

Khai dan Rosma turut meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak melupakan para artis ketika mereka memerlukan di saat getir ini.

artis bantuan kerajaan

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Anonymous

    March 31, 2020 at 1:57 pm

    Rancangan hiburan yg melalaikan hal akhirat ..x luak pn kalau x tgk artis2 terkinja2 d tv

Loading...
To Top