June 17th, 2014

Satu ketika dahulu, kes Adi Putra dengan isteri orang yang bernama Nooraida sangat hangat diperkatakan. Namun kebenaran terbukti apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Walaupun begitu, suami Nooraida ketika itu, Amiruddin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan dan menganggap bahawa siasatan kes itu tidak telus. Malah Amiruddin turut memaparkan gambar penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra yang pada dirinya, amat meragukan.

nooraida cerai

Tidak lama selepas itu, Nooraida telah pun diceraikan oleh Amiruddin dengan talak satu. Kontroversi kisah tersebut juga semakin malap dan tidak lagi menjadi topik perbualan orang ramai. Namun hari ini, Amiruddin telah berkongsi sekeping gambar di Instagram di mana menurutnya, pegawai penyiasat yang bertanggungjawab di dalam kes tersebut telah pun dikenakan tindakan tatatertib. Adakah ini bermakna dakwaan Amirrudn yang siasatan kes itu tidak telus adalah benar?

nooraida

Apa pun menurut status yang dikongsikan oleh Amiruddin, peguamnya akan kembali membuka kes ini sekaligus akan menyaksikan Adi Putra disiasat sekali lagi. Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar siasatan akan bermula. Semoga kali ini akan ada kebenaran yang dicari oleh kedua-dua belah pihak.

December 13th, 2013

Akhirnya teka-teki mengenai keputusan siasatan kes skandal dengan isteri orang yang melibatkan Adi Putra terjawab jua. Adi, isteri, ahli keluarga dan para peminatnya boleh menarik nafas lega apabila pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut. Senang cerita, Adi Putra didapati tidak bersalah.

adi putra

Bercakap di sidang media yang diadakan di PWTC malam semalam, Adi Putra memohon agar tidak lagi dikaitkan dengan kes tersebut. Sekiranya ada pihak yang terus mahu memburukkan keadaan, Adi akan mengambil tindakan mahkamah. Kata Adi:-

Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.

Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini. Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan

adi putra

Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas berita gembira ini. Namun Abang Nara dimaklumkan bahawa si wanita yang terlibat di dalam kes ini akan turut membuat sidang media pada hari ini. Tidak pasti pula apa yang akan disampaikan ketika itu. Namun daripada keputusan yang telah diberi oleh pihak polis, ini jelas satu kemenangan buat Adi Putra. Semoga kita semua boleh tutup buku mengenai kes ini dan “move on“.

P.S: Proton akan keluarkan Proton Hibrid hujung tahun 2014