Written by AbangNara | June 12th, 2014

Perghh~~~ Banyak juga tuntutan nafkah tertunggak yang dituntut oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan ini. RM100,000 tue. Jumlah tuntutan yang besar ini membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain. Ia mula dikira sejak Januari 2012, bermakna tuntutan ini adalah untuk tempoh lebih kurang 2 tahun 6 bulan.

rita rudani

Untuk makluman, sebelum ini Rita telah membuat permohonan nafkah sebanyak RM5,392 sebulan merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Namun Aidil menegaskan yang dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan sahaja. Perbicaraan penuh akan berlangsung 30 September ini. Sama-samalah kita nantikan.

Written by AbangNara | December 19th, 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya

anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

P.S: Tujuh finalis car of the year

Written by AbangNara | June 18th, 2012

Agak mengejutkan apabila prosiding kes nusyuz Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pagi tadi terpaksa ditangguhkan akibat Aidil gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Tambah mengejutkan kerana tiada sebarang alasan dan surat penangguhan yang telah diberikan oleh pihak Aidil. Kes kemudiannya ditangguhkan kepada 9 Julai depan.

aidil

Rita yang ditemubual oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang dirinya semakin tenang menghadapi kes mahkamah ini selepas pulang daripada umrah. Kata Rita:-

Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Dan tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah yang sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga. Ini pertama kali saya membawa anak sama-sama mengerjakan umrah dan Alhamdulillah fikiran saya sangat tenang dan tidak memikirkan langsung tentang masalah ini (kes cerai). Malah, ketika hadir untuk sebutan kes hari ini, saya sangat tenang, tidak seperti sebelum ini. Saya berdoa supaya diri ini lebih kuat untuk mengharungi segala dugaan hidup agar dapat bahagia di samping anak-anak.

Abang Nara pasti Aidil ada alasan yang kukuh itu untuk tidak hadir ke mahkamah pagi tadi.  Diharap 9 Julai nanti, semua pihak dapat hadir sekaligus tidak memanjangkan lagi perbicaraan kes ini yang mampu memberi kesan kurang baik kepada anak mereka berdua. Secara jujur, Abang Nara pun bangun lambat pagi ini kerana menonton perlawanan Euro 2012 antara Portugal dan Holland. Hehehe ~~

P.S: 5 kes jenayah yang menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu.

Written by AbangNara | May 22nd, 2012

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Rita Rudaini sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Semalam, Abang Nara telah menerima satu email daripada seorang peminat setia Rita Rudaini. Isi kandungannya yang agak berbeza menyebabkan Abang Nara terasa ingin berkongsi email tersebut dengan pembaca di sini. Semoga Rita Rudaini membaca surat ini dan mengambil langkah yang sewajarnya.

rita

Assalamualaikum Abg NARA,

Saya amat berharap abg dapat membaca dan meniliti email yang saya hantarkan ini. Saya merupakan peminat Rita Rudaini (RR), bagi saya beliau merupakan seorang pelakon yang baik dan saya berasa begitu yakin beliau juga merupakan seorang yang baik dalam realiti hidup sebenar. Sebagai peminat, saya tidak akan bertindak bias dengan memandang kosong akan kelakuannya dan tindak – tanduk beliau yg boleh disifatkan akan keterlaluan. Saya bukanlah ingin bertindak bijak dan mengkritik, tetapi email ini hanya untuk menyelamatkan beliau daripada mendapat kata cerca serta cacian daripada orang – orang yang membaca kisah pergolakan rumah tangga beliau.

Kepada Kak Rita yang amat dikasihi,

Saya bukanlah sesiapa, mungkin setiap luka yang kakak alami tidak mungkin saya dapat rasakan. Sedalam mana luka itu, betapa sengsaranya kehidupan kakak sememangnya jelas terpancar di wajah kakak. Saya amat faham, tahap kesabaran kita sememangnya ada batasnya, tetapi saya amat berharap kakak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan khalayak umum. Kakak, berdiam diri adalah yang terbaik buat masa kini. Kita sebagai kaum hawa tidak sepatutnya menjaja kisah rumah tangga kepada khalayak. Saya faham, banyak kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak Aidil dan keluarga. tetapi berbaliklah kepada konsep Islam itu sendiri. Biarpun buruk layanan sang suami, atau apa sekalipun selagi kita ini merupakan isteri yang sah, adalah tidak sepatutnya kita membuka pekung di dada.

Maafkan saya, kadangkala kakak begitu rancak bertwitter tentang kehidupan rumah tangga yang kian merudum. Kenyataan kakak kepada para wartawan begitu lancang. Sedar atau tidak, perbuatan kakak ini menimbulkan fitnah dan cacian orang terhadap diri kakak sendiri. Ada yang pada mulanya kasihan bertukar menjadi meluat. Kakak, sebagai seorang peminat, saya tidak mahu melihat kakak terus dimaki dan dihina oleh mereka – mereka yang acap kali menjadi hakim di alam maya. Cukuplah kakak.

Setiap masalah datangnya dari Allah sebagai ujian dan tanda kasihnya kepada hambaNya. Dan Allah juga mempunyai cara penyelesaiannya. Bukan dengan mengeluarkan kenyataan balas yang menampakkan kelemahan kita sebagai seorang perempuan. Jangan rendahkan martabat diri kita. Buat masa sekarang sekiranya kakak masih mencintai dan ingin rumah tangga kembali aman, turutilah Aidil walaupun perbuatannya amat tidak matang. Namun jika sebaliknya, mohonlah petunjuk dan kekuatan dari yang Maha Esa.

Saya mohon kakak terus berkarya, mencari rezeki untuk membesarkan anak -anak. Buktikan bahawa kakak merupakan wanita solehah yang tidak mudah melatah dan tinggi martabatnya. Sebagai seorang peminat saya berasa cukup sedih membaca kara-kata cacian orang ramai terhadap kakak. Namun, ada rasional mengapa mereka berbuat demikian. Saya doakan kakak menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Berubahlah menjadi wanita solehah yang disengani. Masalah rumah tangga tidak perlu dikongsi dan diberi pendedahan yang begitu luas di pihak umum. Maafkan saya jika email ini menyakitkan.

Kepada Abg NARA,
tersiar atau tidak tulisan ini bukan persoalannya. Saya amat berharap abg dapat menyampaikan luahan ini kepada kak RR. Saya tidak mahu beliau mendapat cacian serta tanggapan negatif dari sesetengah pihak. Saya yakin abg nara akan membantu saya. Terima Kasih di atas kesudian membaca tulisan ini.

Apa pula pandangan anda tentang luahan hati pembaca di atas?