April 8th, 2010

ameng spring dadah

Memang betullah kata Wardina yang artis Malaysia tak boleh dijadikan ikon. Macam-macam kes polis yang melibatkan artis-artis Malaysia semenjak dua nie. Kes Benjy pun semakin menarik untuk dibaca. Rupa-rupanya berhampiran rumah Benjy ada satu makmal memproses dadah. Makmal tue dibina hasil belajar dari Internet jer.

Minggu nie sahaja Badrul Muhayat dan Ameng Spring kedua-duanya dah kena tahan dengan polis. Badrul Muhayat disebabkan tuduhan memukul isteri. Ameng Spring pulak sebab ugut bekas isteri dia. Dan yang paling lawak Ameng Spring masa kena soal siasat tue boleh kantoi tengah amik dadah pulak.

Apa nak jadi lah dengan segelintir artis-artis Malaysia kita nie? Mungkin tekanan jiwa yang sangat tinggi menyebabkan diorang bersikap di luar batasan. Tapi kalau nak fikirkan tekanan, lagi tertekan orang biasa macam kita nie yang gaji tak pernah nak cukup.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia amiklah cerita-cerita artis nie sebagai pengajaran. Mana yang elok jadikan pedoman. Yang tak elok buang jauh-jauh. Belajarlah dari mereka.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes Benjy, Badrul Muhayat dan Ameng Spring. Tunggu ~~~~~~~

Advertisement
March 30th, 2010

badrul muhayat

Dah lama tak dengar cerita pelakon dan model yang bernama Badrul Muhayat nie. Tup-tup keluar muka depan Harian Metro yang cakap dia diburu polis sebab dera isteri.

Mengikut Harian Metro, Badrul Muhayat katanya telah memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras. Memang kejam jugak kalau betul-betul dibuatnya.

Tapi yang terbaru kami baca katanya Badrul Muhayat tengah bengang dengan Harian Metro sebab membesar-besarkan cerita.

[note]Itu perkara biasa dalam berumah tangga tapi tidaklah sampai teruk seperti yang dilaporkan. Laporan akhbar itu seolah-olah memberi gambaran yang saya telah bertindak dengan kejam dan melampau[/note]

Apa-apa pun kita tunggu jerlah sebab laporan polis telah pun dibuat oleh isteri Badrul Muhayat. Kalau betul kejam sangat, nak taknak mintak cerai ajerlah. Susah hidup dengan suami yang asyik nak memukul jer. Hidup pun tak tenteram.

Advertisement