July 13th, 2014

Maaf kerana Abang Nara terlepas satu perkara penting yang telah terjadi kepada Ifa Raziah. Apa pun, Alhamdulillah pembedahan membuang ketulan di payudara Ifa Raziah telah pun selamat dijalankan pada 7 Julai lalu. Untuk makluman, pada tahun 2011, Ifa Raziah telah terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga menyebabkan ia bengkak dan keras seperti ada ketulan.

ifa raziah

Pembedahan telah berlangsung selama 7 jam dan telah berakhir dengan kejayaan. Selain membuang ketulan tersebut, implan turut sama dimasukkan agar payudara Ifa Raziah tidak kendur. Menurut suami Ifa, pelakon ini masih lemah akibat pembedahan tersebut. Katanya:-

Ifa kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi.

Ketumbuhan tersebut dikesan pada tahun 2011 lagi tetapi doktor beritahu ia tidak bahaya dan boleh dibuang apabila ia besar.

Pembedahan semalam adalah untuk buang ketumbuhan tersebut dan dalam masa yang sama memasukkan implan ke dalam payudara agar tidak kendur

ifa raziah

Semoga Ifa Raziah lekas sembuh dan dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa selepas ini. Banyakkan berehat. Pastikan diri dah benar-benar sembuh sebelum kembali aktif seperti biasa. Jangan lupa pergi ‘check up’. Bertabahlah atas kesakitan yang diberikan olehNya ini.

June 7th, 2010

ifa raziah kena hentak
Aduh. Kesian betul kat Ifa Raziah nie. Baru sahaja kehilangan ibu tersayang baru-baru ini, tup-tup kena hentak ngan helmet oleh adik sendiri. Di manakah rasa hormat seorang adik kepada seseorang yang bergelar kakak? Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang? (agak poyo ayat di situ).

Menurut ceritanya, Ifa Raziah dihentak dengan helmet oleh adiknya selepas dia acu cuba try test mintak adiknya membayar hutang arwah ibu mereka. Mungkin ada di cerita di sebaliknya. Kita yang bukan keluarga Ifa Raziah nie macam mana la nak tau kan?

Kami berdoa agar setelkanlah masalah anda secepat mungkin dan sebaik mungkin. Ingatlah peribahasa “air yang dicincang takkan putus”. Gaduh tang mana pun, adik kita jugak. Semoga Ifa Raziah boleh menarik “tali dalam tepung tanpa menjahanamkan tepung itu”.

P.S: Terima kasih kepada semua yang datang support Abang Nara di Midvalley hari Sabtu yang lepas. Sungguh terharu dengan kedatangan anda semua. Ingatkan nak belanja tengok LBS. Tapi tak ada pulak yang menunggu sampai tamat event. Lain kali kita buat makan-makan ye?