Written by AbangNara | January 8th, 2014

Untunglah jejaka yang dapat memperisterikan Neelofa kelak. Sudahlah cantik manis orangnya, pandai memasak pulak tue. Terliur Abang Nara melihat lauk pauk yang disediakan oleh Neelofa untuk Zizan, Emma Maembong dan Kaka yang datang melawatnya di Los Angeles. Memang nampak sedap terutamanya ayam masak kicap tue.

zizan razak neelofa

Abang Nara respek dengan ukhwah yang terjalin di antara artis-artis Malaysia. Walaupun jauh di tempat orang, masih meluangkan masa untuk melawat sesama sendiri. Sikap ini harus dicontohi. Sekurang-kurangnya singgah bertanya khabar pun dah okay. Neelofa pun bagus sangat kerana menjamu tetamu yang hadir. Semoga semakin murah rezeki.

zizan razak neelofa

Lagi beberapa gambar Neelofa menunjukkan “skill” memasaknya untuk rakan-rakan tercinta di Los Angeles dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Harga Toyota Corolla Altis 2014 diumumkan

 
Written by AbangNara | March 18th, 2011

saida bercerai

Akhirnya hari ini terbongkar punca sebenar permohonan cerai Saida kepada suaminya, Ghazali. Mengikut Mstar, Saida memohon cerai kerana sikap dirinya sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu. Maklumat details tentang hal ini tak dapat pulak diketahui.

Oh ye, dan untuk anda semua yang menuduh Saida ingin berkahwin dengan Datuk atau mencari orang lebih kaya daripada suaminya sekarang, sila dengar penjelasan dari Saida berkenaan tuduhan tersebut.

[note]Apa yang penting saya sekarang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki lain selain suami daripada saya. Apatah lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki bergelar Datuk. Lagipun terus-terang saya memang akan mengelak jika ianya berlaku kepada saya. [/note]

Dan buat sesiapa yang anggap Saida sengaja cari publisiti murahan, ini jawapan dari Saida untuk anda semua.

[note]Siapa yang mahukan publisiti murahan dan cerita-cerita negatif sebegini. Saya ada sebab ke mahkamah dan saya tak mencari apa-apa publisiti pun tetapi media yang datang kepada saya. Sebagai artis saya tak mampu mengelak dan hanya menjawab setakat yang saya mampu sahaja[/note]

Dan paling buat Abang Nara terharu ialah kata-kata luahan jiwa dari Saida ini:-

[note]Saya pun tak tahu lah apa sebabnya orang nak cakap saya begitu. Namun, biasalah manusia bila saya atau pihak perempuan yang memfailkan permohonan cerai pasti semua keburukan akan ditujukan kepada saya. Tetapi saya percaya, kalau suami saya yang membuat perkara yang sama, mesti dia juga dituduh benda yang sama. Apa yang boleh saya cakap, hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Jadi biarlah kami sendiri yang selesaikan masalah rumah tangga kami ini secara baik dan damai [/note]

Kepada Saida, be a strong woman. Tempuhilah cabaran ini dengan tabah. Sebelum buat apa-apa keputusan, fikirkanlah baik buruknya kepada anak-anak anda.