May 18th, 2010

ajal kak yan

Ajal dan maut sememangnya di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segala-galanya. Rasanya semua orang pun tau yang Azean Irdawaty ada kanser dan kanser beliau kini dah sampai tahap kritikal. Mungkinkah hayat beliau hanya sampai Oktober tahun ini? Berikut adalah petikan luahan hati Kak Yan semasa penangkapan anaknya Benjy:-

[note]Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi? Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran. Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008. Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan. [/note]

Buat Kak Yan, semoga panjang umur dan tabah menghadapi dugaan hidup ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Kak Yan.

Advertisement
April 8th, 2010

ameng spring dadah

Memang betullah kata Wardina yang artis Malaysia tak boleh dijadikan ikon. Macam-macam kes polis yang melibatkan artis-artis Malaysia semenjak dua nie. Kes Benjy pun semakin menarik untuk dibaca. Rupa-rupanya berhampiran rumah Benjy ada satu makmal memproses dadah. Makmal tue dibina hasil belajar dari Internet jer.

Minggu nie sahaja Badrul Muhayat dan Ameng Spring kedua-duanya dah kena tahan dengan polis. Badrul Muhayat disebabkan tuduhan memukul isteri. Ameng Spring pulak sebab ugut bekas isteri dia. Dan yang paling lawak Ameng Spring masa kena soal siasat tue boleh kantoi tengah amik dadah pulak.

Apa nak jadi lah dengan segelintir artis-artis Malaysia kita nie? Mungkin tekanan jiwa yang sangat tinggi menyebabkan diorang bersikap di luar batasan. Tapi kalau nak fikirkan tekanan, lagi tertekan orang biasa macam kita nie yang gaji tak pernah nak cukup.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia amiklah cerita-cerita artis nie sebagai pengajaran. Mana yang elok jadikan pedoman. Yang tak elok buang jauh-jauh. Belajarlah dari mereka.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes Benjy, Badrul Muhayat dan Ameng Spring. Tunggu ~~~~~~~

Advertisement