Written by AbangNara | December 18th, 2013

Nampaknya Adi Putra memang tidak gentar langsung akan tindakan suami Nooraida, Amirrudin Othman untuk membuka kembali kes pertukaran gambar lucah. Bagi Adi, dia juga mempunyai pendirian sendiri dan yakin tidak bersalah di dalam kes ini. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan, kes ini hanya akan berakhir apabila dibicarakan di mahkamah kelak.
adi putraKata Adi Putra kepada Mstar Online:-

Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.

Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan. Kita tidak ada kuasa untuk menghalang perkara ini

adi putra

Memang jelas terserlah keyakinan Adi Putra dalam hal ini. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau yakin, buat apa kita mahu mengikut kemahuan orang lain semata-mata untuk menamatkan kontroversi? Teruskan berpegang pada pendirian anda. Sekiranya kes ini disebut di mahkamah kelak, Abang Nara doakan pihak yang benar mendapat keadilan. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Kerajaan Selangor akan halang kenaikan harga tol

Written by AbangNara | November 20th, 2013

Sehingga ke hari ini, kita masih tertunggu-tunggu keputusan laporan polis mengenai dakwaan skandal Adi Putra dengan isteri orang yang telah terjadi beberapa bulan lalu. Abang Nara tak boleh bayangkan betapa tertekannya mereka yang terlibat di dalam kes ini, lebih-lebih lagi Adi Putra yang merupakan seorang selebriti pujaan ramai.
adi putraPada pendapat Abang Nara, lagi cepat keputusan keluar, lagi cepatlah namanya dapat dibersihkan daripada kontroversi yang telah mencalit reputasi baiknya ini. Namun apa yang Abang Nara respek ialah tindakan Adi Putra yang menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak pernah lari walaupun dirundung kontroversi sebegini besar. Kata Adi kepada portal GUA:-

Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya.

Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua. Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya.

adi putraDitanya mengenai dakwaan dirinya menggunakan orang berpengaruh untuk menggugurkan kes ini, Adi menjelaskan:-

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya. Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya,. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan

Semoga pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan mengumumkan keputusannya secepat mungkin. Lebih lama kes ini diheret, lebih banyak tohmahan, dakwaan dan teori yang akan dikeluarkan oleh orang ramai. Kepada Adi dan keluarga, teruskan hidup seperti biasa. Kata orang, takut kerana salah, berani kerana benar. Semoga kebenaran akan terbukti jua kelak.

P.S: Kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya

Written by AbangNara | October 21st, 2013

Terkejut beruk Abang Nara membaca ruangan Zubir (ruangan favourite Abang Nara) di BiPop semalam. Seperti yang anda ketahui, kes Adi Putra dengan seorang isteri orang kini masih lagi di dalam siasatan polis. Menariknya apabila Zubir mendakwa bahawa kononnya Adi telah bertemu dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

adi putra

Menurut Zubir, laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit dan isteri orang itu sudah pun diperoleh. Abang Nara secara jujur tak sabar juga untuk mengetahui hasil siasatan pihak polis. Iyerlah, nak tahu siapa benar siapa salah. Itu yang Abang Nara agak pelik apabila membaca dakwaan Zubir tentang Adi yang mahu kes ini digugurkan demi menyelamatkan kariernya.

adi putra

Namun entah benar entah tidak dakwaan Zubir ini. Kita nantikan sahaja. Lagipun kalau berada di pihak yang benar, buat apa nak minta gugurkan kes. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Abang Nara yakin Adi Putra berada di pihak yang benar. Diharap pihak polis cepat-cepat mengeluarkan keputusan siasatan untuk semua pihak tahu kebenaran kes ini. Sama-samalah kita nantikan.
running manP.S: Anda penggemar Runningman? Ikuti aksi mendebarkan, kelakar pecah perut, dan drama air mata. Kini, siri Runningman diterbitkan dalam bentuk komik yang pasti mencuit hati. Stiker percuma untuk setiap pembelian komik ini. Dapatkan segera di www.bookcafe.com.my atau kedai-kedai buku berhampiran anda sekarang!