October 16th, 2020

Jika sebelum ini hangat di media sosial apabila dikatakan terdapat beberapa buah kereta mewah milik selebriti Shuib Sepahtu telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkenaan sindiket Macau Scam.

Ditemui media, Shuib tampil mengakui bahawa kenderaan disita yang tular baru-baru ini memang miliknya. Dia dalam pada masa yang sama berkata bahawa sudah menjadi kewajipan buat dirinya untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

View this post on Instagram

Alhamdulillah ?? . . . @sitisarahraissuddin @bubblebeemalaysia_hq #14102020 #BubbleBee #FordRanger

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Ya memang kereta yang tular disita tempoh hari milik saya. Saya tahu pelbagai fitnah yang bertebaran di laman sosial buat masa ini, namun perlu saya hormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan. Tiada komen lain yang ingin saya kongsi selain mahu memberi fokus buat kerjaya dan perniagaan saya kini,”

Dia yang dilihat memuat naik foto bersama keretanya yang telah dikembalikan itu di ruangan Instagram semalam adalah semata-mata bertujuan ingin meluahkan rasa syukur selepas berdepan pelbagai dugaan bersama isterinya, Siti Sarah.

View this post on Instagram

Happy belated Birthday my lovely brother @markadam1079 … Thanks for everything,thanks to be a part of my life… Terus sukses marki for your @suaraacademyofficial @bubblebeemalaysia_hq LAST WORD LOVE U MARK ADAM ?

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Bukan riak, tapi jelas menunjukkan betapa saya dan isteri sangat bersyukur dapat melalui dugaan ini bersama. Banyak yang saya belajar sebenarnya, bagaiman satu gambar juga mampu menimbulkan fitnah dan spekulasi,”

Mengimbas kembali, Shuib telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram yang turut membabitkan beberapa orang kenamaan dan VIP.

Sumber : Utusan Online

October 8th, 2020

Hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam yang telah berjaya dijejaki oleh Badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menjadi tumpuan utama dalam kejayaan menumpaskan sindiket haram itu adalah apabila beberapa artis Malaysia turut terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dalam kata mudah, individu yang tidak bertangunggjawab ini telah menggunakan nama-nama artis popular ini untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram dengan membuka pelbagai perniagaan yang sah di mata masyarakat awam.

Kini, dilaporkan bahawa pihak SPRM telah menyita hampir 23 buah kereta mewah antaranya yang berjenama Bentley, Ford Mustang, Ferrari, Porsche dan banyak lagi menerusi penahanan beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti itu.

Namun perkara itu mula menjadi tular apabila ada netizen telah mendedahkan beberapa buah kereta yang disita badan berkuasa itu rupa-rupanya milik pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

Shuib sebelum ini telah dipanggil untuk membantu siasatan berikutan kes Macau Scam tersebut.

Jika diperhatikan, kenderaan yang disita itu benar-benar mirip kereta milik pasangan itu kerana dia pernah memuat naik foto kereta mewah tersebut di ruangan Instagram tidak lama dahulu.

Ketika meninjau ruangan media sosial pelawak itu, netizen telah berduyun-duyun meninggalkan komen untuk kepastian sama ada benarkah kereta yang disita itu milik selebriti berkenaan.

Mengimbas kembali, Shuib dilaporkan telah dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes penggubahan wang haram atau lebih dikenali sebagai Macau Scam.