September 14th, 2012

Abang Nara macam tahu je siapa yang dimaksudkan oleh Zed Zaidi ini. Memang agak keras statement yang dikeluarkan namun mungkin ada kebenarannya. Menurut Presiden Seniman ini, ada artis yang mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya berceramah memburukkan kerajaan. Hebat kan?

zed zaidi

Kata Zed Zaidi kepada Mstar Online:-

Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan.

zed zaidi

Tambah panas apabila Zed Zaidi mengulas sikap sesetengah artis yang sudah berhijrah tetapi menceburkan diri dalam bidang politik:-

Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah.Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan.

Memang lantang kata-kata Zed Zaidi ini. Pasti ada seorang dua artis yang terasa. Mungkin ada kebenarannya kata-kata Zed Zaidi ini. Dekat-dekat nak pilihanraya ini memang semua orang ada agendanya yang tersendiri. Kita mana tahu kan? Apa kata anda? Info kredit Mstar Online.

P.S: Menara untuk kucing anda. Awesome!!!

May 28th, 2010

gambar seksi rozita che wan

Di kala kita stress dengan pengumuman kerajaan kita yang begitu “PRIHATIN” untuk berjimat cermat, marilah kita bersama-sama meneka skirt siapakah yang lebih pendek di antara Rozita Che Wan dan Azza Elite di dalam gambar di atas. Kalau dari kebesaran paha, kami rasa Azza Elite nampak lebih besar daripada Rozita. Tapi dari segi kependekkan skirt, agak sukar untuk ditentukan sebab dua-dua lebih kurang je.

Kami rasa Rozita dan Azza sudah pun menyahut seruan kerajaan kita untuk berjimat cermat. Sekarang nie diorang beli baju yang tak cukup kain bukan untuk seksi, tapi sebab itu lebih murah. Mungkin lepas nie lebih ramai artis kita yang bakal berjimat cermat dengan memakai seluar dalam sahaja ke event-event. Tak gitu?

Marilah kita mencontohi artis-artis kita yang begitu cepat dan pantas dalam menyahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat. Lepas nie kita pergi kerja naik basikal pulak ~~~