Bagaimana Malaysia Bangkit Untuk Menghadapi Krisis COVID-19?

COVID-19

Bagaimana Malaysia Bangkit Untuk Menghadapi Krisis COVID-19?

Malaysia beberapa bulan lalu menghadapi saat sukar berdepan pandemik COVID-19 yang teruk melanda negara. Pada Mac lalu, Malaysia digambarkan seperti gagal mengawal wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia ini.

Akhbar melaporkan negara menghadapi situasi sukar akibat peningkatan kes jangkitan yang tiga kali ganda berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Advertisement

Situasi menjadi parah apabila COVID-19 telah melanda ke segenap pelusuk daerah seluruh Malaysia.

Bagaimana ia mula tersebar meluas di negara ini?

Laporan awal Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan kebanyakan kes COVID-19 baharu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Kluster tabligh menyumbang kira-kira 42 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 yang direkodkan sehingga awal April lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan angka melibatkan jemaah tabligh di Sri Petaling itu telah memasuki hingga generasi kelima.

Walau bagaimanapun jemaah tabligh ini dikatakan sangat berkelakuan baik dan memberikan kerjasama yang tinggi kepada pihak berkuasa dalam menjalani proses penyaringan dan kuarantin.

Malaysia mula bangkit

Kerajaan tanpa berlengah lagi telah mengeluarkan beberapa peraturan dan arahan baru bagi membendung jangkitan COVID-19 agar tidak menjadi lebih parah.

Kerajaan mengetatkan lagi peraturan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang bermula pada 1 April 2020. Sekatan jalanraya yang lebih banyak, penutupan sektor perniagaan kurang berkepentingan, larangan pergerakan rentas negeri dan pelbagai lagi mula dikuatkuasakan di seluruh Malaysia.

Pihak tentera turut dikerahkan bagi membantu pihak berkuasa dalam pelaksanaan penguatkuasaan ini.

“Trend semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku dan trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama. Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.”

-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dilakukan di beberapa kawasan yang mengalami peningkatan kes yang mendadak.

Jangkitan kes baharu mula menurun

Menjelang pertengahan bulan April laporan kes baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia mula menunjukkan penurunan. Langkah-langkah yang diambil kerajaan mula menunjukkan hasil. Beberapa negara lain dilaporkan telah melebihi kes jangkitan berbanding Malaysia.

Malaysia terus dikenali dan diiktiraf sebagai antara negara yang terbaik dalam mengekang penyebaran COVID-19. Kadar penurunan kes baharu dan laporan kematian yang amat minimal setiap hari melegakan hati rakyat.

BACA: Malaysia Menduduki Tempat Ke-4 Dalam Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Tindakan Kerajaan Terhadap COVID-19

Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham turut diiktiraf dunia sebagai antara doktor terbaik di dunia dalam menangani krisis ini.

BACA: Trending Di Twitter, Datuk Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Doktor Terbaik Di Dunia Tangani Krisis COVID-19

PKP akan memasuki fasa ke 6 di negara ini bermula minggu hadapan. Walaupun beberapa peraturan telah mula dilonggarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan terus komited dalam memastikan agar COVID-19 dapat dihapuskan sepenuhnya.

Rakyat Malaysia juga perlu terus memberikan kerjasama yang jitu kepada pihak berkuasa agar kita dapat kembali menjalani kehidupan yang normal seperti sediakala.

Syabas kepada pihak kerajaan, frontliner dan seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi ‘peperangan’ ini walaupun kita masih belum menang sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...