February 7th, 2015

Ternyata undian para peminat Zero begitu hebat malam ini apabila kumpulan dari Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah Sepahtu. Jepp dan Shuib membawa pulang RM250,000 dan trofi. Di tempat ketiga ialah Nabil dengan RM125,000, Shiro di tempat keempat dengan RM50,000 dan Bocey di tempat kelima dengan RM15,000.
zero juara mlm2014 Secara jujur, persembahan kesemua peserta pada malam ini agak mengecewakan. Namun Zero berjaya memberikan aksi yang bukan sahaja mencuit hati tetapi menyentuh perasaan pada segmen muzikal. Ramai yang mengalirkan air mata mendengar nyanyian mereka yang mengingati pemergian ayah tercinta. Rata-rata persembahan yang lain berada di paras biasa-biasa sahaja malam ini. Mungkin tekanan.

sepahtu

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Anda telah menghiburkan kesemua penonton selama 13 minggu dengan lawak-lawak anda. Tahniah diucapkan kepada Zero. Daripada peserta ‘hot seat’, kini anda juara MLM2014. Siapa sangka? Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa diduga. Tahniah!!! Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini?

Advertisement
February 6th, 2015

Akhirnya selepas hampir 3 bulan bertarung, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 bakal diketahui malam ini. 5 peserta yang akan bertarung ialah Nabil, Shiro, Sepahtu, Zero dan Bocey. Fuh~~ Semuanya hebat-hebat belaka. Sukar sungguh untuk memilih peserta mana yang layak bergelar juara. Prestasi yang ditunjukkan oleh kelima-lima mereka amat konsisten sepanjang Maharaja Lawak Mega 2014.
mlm2014 Apa kata kita imbas sedikit persembahan setiap peserta sempena pentas akhir MLM2014:-

1. Nabil
Lawak Nabil minggu lalu bertemakan ‘loghat’ memang menjadi. Namun persembahan minggu-minggu kesebelumnya agak hambar. Sebelum ini nama Nabil sering disebut akan tersingkir, namun ternyata rezeki Nabil untuk beraksi di pentas akhir.mlm2014

2. Bocey
Seringkali menggunakan Abam sebagai bahan lawak mereka, kumpulan Bocey pernah merudum prestasinya pada satu ketika. Namun mereka sudah kembali ‘pickup’. Lawak paling best ialah ketika tema ‘seram’. Memang kelakar tengok Abam jadi hantu masuk dalam toilet.
mlm2014
3. Shiro
Lawak Shiro ketika bersama tetamu undangan Nasir Bilal Khan adalah lawak paling epik pada pendapat Abang Nara sepanjang MLM2014. Memang smart sungguh. Adakah Shiro akan berjaya mengulangi mutu lawak sebegitu untuk pentas akhir? Kenalah saksikan malam ini.
mlm2014
4. Sepahtu
Sepahtu antara ‘favourite’ Abang Nara untuk menggondol juara MLM2014. Cuma lawak minggu lepas agak hambar kerana menggunakan loghat Indonesia. Namun lawak di katil hospital memang kelakar. Diharap Sepahtu kembali menggunakan lawak biasa mereka di pentas akhir ini.
mlm2014
5. Zero
Kumpulan Zero adalah kumpula ‘underdog’ untuk pentas akhir MLM2014. Kekuatan mereka ialah loghat Sabah, aksi lucu dan juga Syaiful Zero yang sering muncul dengan watak wanita. Lawak paling kelakar ialah ketika aksi bermain kompang. Memang power!!!mlm2014

Siapakah pilihan anda untuk bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2014? Tak sabar rasanya menanti persembahan kesemua peserta malam ini. Sama-samalah kita nantikan.

Advertisement
January 31st, 2015

Malam semalam menyaksikan tiada kejutan besar yang berlaku apabila nama kumpulan Virus diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir dan gagal memasuki peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Keputusan yang diumumkan oleh Nur Fazura itu sudah boleh dijangka kerana persembahan kumpulan Virus sekali lagi mengecewakan minggu ini. Kalau minggu lepas mereka diselamatkan dengan ketiadaan penyingkiran, kali ini nasib mereka tidak lagi sebertuah itu.
virus Tema minggu ini ialah ‘props’ dan loghat. Secara jujur, penyingkiran Virus adalah wajar berdasarkan prestasi semasa. Apa pun penyingkiran ini jelas membuktikan para penonton dan pengundi kini lebih mementingkan kualiti berbanding populariti. Kalau lawak dan persembahan tak ke mana, populariti tidak akan membantu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
virus Dengan penyingkiran Virus, 5 peserta yang akan bertarung di peringkat akhir MLM2014 minggu hadapan ialah Shiro, Bocey, Zero, Sepahtu dan Nabil. Good luck and all the best diucapkan. Diharap dapat berikan persembahan yang terbaik minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Advertisement
December 1st, 2014

Memang hambar. Serius Abang Nara kecewa dengan mutu persembahan kebanyakan kumpulan pada minggu ketiga MLM2014 Jumaat lalu. Abang Nara hanya gelak dengan lawak kumpulan Bocey je. Yang lain-lain kalau gelak pun sekadar gelak tak ikhlas. Untuk makluman, tema minggu lalu ialah “Retro Kilauan Emas”. Sesetengah peserta menggunakan alasan tema susah sebagai punca persembahan hambar yang ditunjukkan.

maharaja lawak mega

Abang Nara sebenarnya kecewa juga bila alasan tema susah digunakan. Iyerlah, ada beberapa kumpulan dapat buat persembahan bagus kenapa sesetengahnya tak mampu pula? Abang Nara suka dengan kenyataan Ketua Komedi & Sitkom Bahagian Perniagaan Melayu Astro Bob Azrai Kamaruddin yang mengingatkan para peserta bahawa MLM2014 bukanlah pertandingan lawak biasa. Kata Bob:-

Maharaja Lawak Mega 2014 bukan pertandingan biasa. Ia melibatkan para pelawak profesional yang sudah mempunyai tempat mereka sendiri dalam industri hiburan tanah air. Bila sebut ‘Maharaja’ pun kita sudah tahu pentas MLM 2014 bukan tempat pertarungan biasa.

Tidak dinafikan juri ada menyebut tema berat, dan sukar tetapipertandingan ini melibatkan profesional player. Jadi isu tema susah atau berat tidak wujud kerana semua profesional sudah profesional, malah ada yang sudah empat kali berturut-turut menyertai pertandingan ini. Mereka sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan.

Tema Retro sebenarnya ‘simple’ tetapi sayang kebanyakan peserta hanya menjadikan lagu sebagai bahan lawak. Sedangkan banyak aspek lain yang boleh diketengahkan. Antaranya persekitaran, komuniti, mindset dan lain-lain lagi.

Kalau susah, kenapa kumpulan Bocey, Zero, Ekzos dan Sepahtu boleh memberikan persembahan yang terbaik, malah mereka berada di tangga empat teratas pada malam ini.

kumpulan virusDiharap teguran oleh boss besar ini diambil berat oleh kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2014. Jangan mengharapkan populariti semata-mata sedangkan persembahan yang ditunjukkan tidak bermutu. Kualiti mestilah seiring dengan populariti. Diharap minggu ini persembahan lebih mantap akan dipertontonkan oleh para peserta MLM2014. Sama-sama kita nantikan. Sumber Astro Gempak.

P.S: Kerana melawan, wajah gadis cantik ini ditoreh oleh penjenayah

Advertisement