Written by AbangNara | February 22nd, 2015

Tahniah diucapkan kepada Azmil yang menjuarai program Mentor Legend sekaligus membawa pulang RM300,000. Azmil merupakan protege kepada Dayang Nurfaizah. Di tempat kedua ialah Aina yang merupakan protege Ella dan Sarah yang merupakan protege Amy Search berada di tempat ketiga.

keputusan mentor legend

Abang Nara tak sempat tengok Mentor Legend kerana sibuk menjaga anak-anak. Mungkin anda yang menonton program tersebut boleh memberikan komen. Adakah ini satu keputusan yang dijangka berdasarkan persembahan para peserta? Atau ada kejutan yang tak dijangka?

keputusan mentor legend

Apa pun tahniah kepada Azmil, Aina dan Sarah yang memberikan terbaik buat para pengikut Mentor Legend. Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Written by AbangNara | February 16th, 2015

Akhirnya 3 peserta yang bakal bersaing di pentas akhir Mentor Legend telah pun diketahui. Mereka ialah Azmil, Aina dan Sarah. Ketiga-tiga protege ini akan merebut RM300,000 yang bakal diberikan kepada juara Mentor Legend. Pentas akhir program realiti ini akan berlangsung minggu hadapan pada 22 Februari 2015. Fuh~~~ Tak sabar rasanya!!!
finalis mentor legend

Untuk makluman, Azmil ialah protege kepada Dayang Nurfaizah, Aina protege kepada Ella dan Sarah pula ialah protege Amy Search. Ketiga-tiga peserta telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan sepanjang Mentor Legend. Kini hanya tinggal satu langkah lagi untuk menentukan nasib mereka.finalis mentor legend

All the best and good luck untuk semua protege dan mentor. Semoga yang betul-betul berbakat akan menjadi juara. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan semalam? Kongsikan di ruangan komen.

Written by AbangNara | February 5th, 2015

Program Mentor Legend yang sedang bersiaran di TV3 kali ini penuh dengan kontroversi. Salah satu perkara yang paling hangat dibincangkan ialah keupayaan para juri memberikan markah yang tepat kepada para peserta. Banyak penonton program ini tidak berpuas hati dengan salah seorang juri iaitu Adlin Aman Ramlie. Mereka menganggap Adlin berat sebelah, memberi markah yang tidak sepatutnya dan tidak pandai menilai persembahan para peserta.

adlin aman ramlie

Para penonton Mentor Legend telah memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di laman sosial TV3. Lebih ekstrim, ada yang meminta agar Adlin Aman Ramlie digantikan dengan juri lain. Kes panas jugaklah sebenarnya. Menariknya, Adlin mengetahui perkara ini dan menjelaskan dirinya lebih mengadili seni persembahan. Kata Adlin:-

Ya, saya ada baca komen-komen tersebut. Biarlah, bukan saya tidak tahu, saya boleh faham. Sebagai juri, saya tahu apa yang saya lakukan. Jika audiens di luar tidak faham, saya tak hairan tapi untuk semua mentor yang terlibat, mereka harus faham dengan keputusan yang dilakukan.

“Peranan saya sebagai juri lebih kepada seni persembahan yang ditonjolkan. Saya lebih melihat kepada apakah potensi maksimum yang ditunjukkan oleh setiap protege menerusi persembahan mereka.

Teknikal dan keupayaan menyanyi merupakan kekuatan buat mereka. Mereka (peminat) perlulah bijak. Sebagai juri, pastinya saya mahukan seseorang yang diperlukan dalam industri hiburan kini.

mentor legend

Selaku orang bukan seni, Abang Nara tak faham pun apa itu seni persembahan. Selaku penonton, Abang Nara hanya tahu nyanyian best atau tidak. Bab-bab seni persembahan memang terlalu ‘complicated’ untuk Abang Nara nilai. Mungkin mereka yang belajar tentang hal itu sahaja yang tahu. Apa pun, kita nantikan pengadilan Adlin Aman Ramlie untuk Mentor Legend minggu ini. Diharap kurang kontroversi dan lebih tepat. Sumber Sinar Harian.

mentor legend

P.S: Hanya untuk pembaca BeautifulNara, diskaun sebanyak 20% di www.misclaire.com dipanjangkan. Diskaun ini boleh diperolehi apabila anda membuat pembelian 2 barangan daripada ‘Festival & Celebration’. Saiz sehingga 6XL. Semuanya cantik-cantik dengan harga yang amat berpatutan. Jangan lupa LIKE Facebook Misclaire dan follow Instagram MisClaire untuk informasi lanjut.

Written by AbangNara | December 10th, 2014

Penukaran protege yang dilakukan oleh Amy Search untuk Mentor Legend baru-baru ini telah membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati. Pada mulanya Amy telah memilih Zelmi. Namun selepas mengadakan ‘battle’ sekali lagi, lagend rock tanah air ini telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah sepanjang pertandingan Mentor Legend. Rupa-rupanya Amy ada sebab tersendiri untuk membuat pusingan u ini.

amy search dan mentor legend

Menurut Amy Search, Zelmi dilihat masih belum bersedia untuk menghadapi pertandingan Mentor Legend ini. Terang Amy menerusi portal GUA.

Setelah meneliti semula persembahan Zelmi dan Sarah, saya melihat yang Zelmi seakan tidak bersedia untuk pertandingan ini. Sarah menonjolkan kelebihan berbanding Zelmi. Jika saya terus menukar keputusan saya dengan mengambil Sarah, saya seakan berlaku tidak adil, jadi saya putuskan untuk melakukan semula battle antara mereka.

Namun begitu, saya punya perancangan sendiri terhadap Zelmi. Saya akan hantar dia ke studio rakaman untuk menghasilkan single. Saya sendiri akan membentuk cara nyanyian dan imej dia. Sarah pula saya lihat dia sudah bersedia untuk berperang di pentas Mentor Legend dan saya juga akan bimbing Sarah sebaik mungkin dalam pertandingan ini.

amy legend

Sudah tentu dengan pengalaman berpuluh tahun dalam bidang nyanyian, keputusan yang diambil oleh Amy Search ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kadangkala kejutan sebegini memang diperlukan untuk menambah ‘seri’ sesuatu program realiti. Apa pun, good luck and all the best buat Sarah. Bukan senang peluang kedua sebegini muncul. Semoga ia tidak dipersia-siakan.

P.S: Hyundai Sonata LF CBU dilancarkan di Malaysia