December 12th, 2014

Kemenangan Puteri Balqis dalam kategori Best Actress in a Leading Role untuk Asian Television Awards 2014 pastinya akan menutup mulut sesetengah pihak yang mempertikaikan kemenangan pelakon cilik ini di Anugerah Skrin baru-baru ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Puteri Balqis. Memang lakonan anda power. Semoga pemikiran kolot di kalangan penggiat industri hiburan yang tidak senang dengan kejayaan Puteri Balqis akan terhapus dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima olehnya.

erma fatima

Pengarah yang bertanggungjawab mengembangkan bakat Puteri Balqis iaitu Erma Fatima turut memberikan kata-kata sindirannya buat mereka yang enggan menerima kemenangan si kecil ini. Tulis Erma Fatima:-

Congrats Sayang! Ini membuktikan yg kau layak mendapat gelaran BEST ACTRESS itu!
Adakah juri asian award ni jugak salah mengiktirafkan anak kecil ini?

erma fatima

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Puteri Balqis. Semoga karier anda semakin berkembang selepas ini. Semoga makin banyak tawaran dan watak yang lebih mencabar akan ditawarkan. Tahniah!!!

erma fatima P.S: MisClaire telah melancarkan kardigan baharu yang didatangkan dengan saiz sehingga 8XL. Rekaan kardigan ini simple dan amat menawan sekali. Paling best harga yang ditawarkan HANYA RM40 sahaja. Jangan lupa untuk beli kardigan ini dan skirt denim pada harga RM69 sahaja (masukkan kod promo NORFANBN69). Maklumat lanjut layari www.misclaire.com, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire.

November 14th, 2014

Entah di mana silapnya, kemenangan Puteri Balqis di dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 masih lagi dipertikai sehingga ke hari ini. Orang kata rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Antara alasan yang digunakan ialah pelakon cilik ini belum seorang ‘wanita’, hanya seorang kanak-kanak, sewajarnya kemenangan Puteri Balqis adalah untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan macam-macam lagi alasan.

puteri balqis

Kemenangan Puteri Balqis adalah menerusi lakonan hebatnya di dalam drama Balqis di mana dia menjadi pelakon utama untuk drama tersebut. Jadi sepatutnya tak ada masalah. Industri hiburan Malaysia seharusnya mengiktiraf bakat tidak mengira usia. Kalau dah memang lakonan power, sepatutnya tak perlulah dipertikaikan kemenangannya. Secara jujur, memang lakonan Puteri Balqis di dalam drama tersebut membuatkan Abang Nara mengalirkan air mata.

puteri balqis

Peliknya yang mempertikaikan kemenangan Puteri Balqis ini ialah nama-nama besar dalam industri hiburan. Diharap tahun hadapan pihak penganjur tidak tewas pada tekanan dan akan terus membenarkan pelakon kanak-kanak seperti Puteri Balqis untuk bertanding dalam kategori yang kononnya untuk pelakon dewasa sahaja. Apa pun, tahniah atas kejayaan Puteri Balqis. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.