October 5th, 2015

Tanpa peminat, siapalah artis. Sesetengah artis yang bijak akan membina hubungan yang baik dengan peminatnya untuk kekal relevan dalam industri. Sesetengah artis dilihat sangat peramah dengan peminat dan sedia bergambar dengan mereka bila ditemui. Tetapi ada sesetengahnya memandang sepi kepada peminat dan bersikap kekwat, terutamanya yang sedang popular.

Seorang pembaca BeautifulNara telah menghantar mesej kepada kami tentang sikap seorang artis ketika dua orang peminat meminta bergambar bersamanya. Menurut pembaca itu, dia bekerja di gerai bersebelahan gerai yang dijaga oleh artis ini.


 photo 12080920_10200886159551829_1775034972_n.jpg
Menurut pembaca itu:

Askum…. sapa artis nih?? Glamour sgt2 ke?? Sombong nak mampus ada lah… saya kt tepi sempat dgr budak2 ni nk tangkap gmbr dgn dia tp dgn angkuh dia jawab cepat sikit saya sibuk sedangkan time tu dia xbuat apa pun dok atas kerusi sambil tgk atas bawah khemah je.. ingt sikit kalau nk jadi artis jgn nk perasan lebih.

Mmg dia tangkap jugak gmbr tp yg xbest dengar dia jawab cam tu n dgn muka2 masam… kesian budak2… dia ingat bila ckp cam tu kt budak xblh nk fikir.. kena ingat awk tu artis(artis sgt ke?).. letih camane pun apa salah nya layan tanpa ckp kasar cam tu..

Xde org pun kt booth dia time tu.. kalau kata org ramai serbu blh la ckp SIBUK..hanya adik2 tu je ada kt booth dia.

Zaman kini jika artis bersikap sombong memang mudah saja ia tersebar. Kalau mengikut gambar yang diberi, artis itu kelihatan seperti pelakon drama dan telefilem Zul Yahya.

Diharap Zul take note tentang perkara ini. Manalah tahu pada masa itu dia baru lepas mengemas gerai atau mengangkat barang masuk atau keluar gerai sehingga kepenatan, kan?

Hi! Let's join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral l, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Sunday, 4 October 2015

April 17th, 2015

Zul Ariffin menempa populariti setelah berlakon dalam drama slot Akasia ‘Rindu Awak 200%’ bergandingan dengan Ayda Jebat. Sebelum itu Zul telah berkecimpung dalam dunia lakonan namun tidak meraih tahap populariti sama sebelum berlakon untuk slot drama yang terkenal ditayangkan di waktu senja tersebut.

Namun sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkhabaran mengenai sikap Zul yang telah berubah, bukan saja di kalangan wartawan malah di kalangan peminat juga. Zul bagaimanapun menafikan dia mula sombong sejak popular.

Baru-baru ini seorang peminat telah memberi komen di laman BeautifulNara meminta pengalamannya dilayan sepi oleh pelakon itu sewaktu diajak bergambar:

Aku sangat tak puas hati dengan ZUL ARIFFIN. Baru je sebentar tadi dekat KLIA 2, kawan aku nak bergambar dengan ZUL ARIFFIN.

Aku fahamlah, dia baru ‘just arrive’ balik berjimba dengan Gayatri Su Lin Pillai. Dia boleh cakap,

“Eh korang ni, tak nampak ke dengan family aku ni? Penat, baru je sampai. Okaylah, meh la cepat ambil gambar.”

**** la lu ****, ******* punya Zul Ariffin. Kau ingat baru menang 1, 2 anugerah ABPBH hari tu, kau dah boleh sombong ke? Nak je aku dengan kawan aku cakap, “Tak payahlah ambil gambar, sombong,” tapi nak jaga air muka kau depan orang ramai, aku gagahkan juga ambil gambar kau dengan kawan aku tadi.

Kalau kau tak suka jadi public figure, jangan jadi artis!!! Pakailah rambut palsu ke, pakai topeng ke. Ambil gambar 1, 2 minit pun, bukan 2, 3 jam pun. Tapi 2 saat je. Memang **** pun la mamat ni.

Kalau siapa-siapa tak percaya, aku ada gambar dia dengan member aku.

Kalau kau nak tahu, Zul Ariffin, kau menang ABPBH hari itu sebab kitorang yang peminat bodoh kau ni lah yang undi kau. Memang sumpah aku benci dengan kau sekarang. Menyesal beb!!!

Masih ingat lagi kata-kata kau kat telinga aku ni. Suweiii.

Aku nanti boleh bagi gambar yang kita tangkap tadi. Zul Ariffin hanya pandai bermuka-muka depan wartawan dan cakap yang manis-manis sahaja tapi hakikat cam ******.

Peminat itu juga meminta peristiwa ini diviralkan di blog-blog atas alasan mahu orang ramai mengetahui sikap sebenar Zul.

Walau begitu, sekali lagi kami memberi cadangan agar peminat hanya minta untuk bergambar dengan selebriti ketika mereka bekerja iaitu dalam acara promosi drama atau filem sahaja. Selebriti juga manusia yang mahukan masa peribadi. Buatnya selebriti tengah bad mood, dilayan seperti kamu seperti yang kamu dah kena atau ditolaknya terus untuk bergambar dengan kamu.

Begitupun, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Bukan sekali dua juga Zul Ariffin dikatakan semakin sombong sejak popular. Kalau sombong pun tak ke mana, ya tak? Hidup ini umpama roda. Hari ini kita di puncak kejayaan, esok belum tentu.

Diharap Zul Ariffin dan peminat tersebut bertabah dengan dugaan yang melanda.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 16 April 2015