August 12th, 2016

Zaman sekarang, masa berlalu dengan begitu pantas sekali bukan? Kadang-kadang tidak sedar rupa-rupanya kita dah habiskan banyak masa melakukan pelbagai benda.

Malah, bayi comel kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar juga sudah memasuki usia dua bulan.

Kalau anda rajin melayari laman Instagram, pasti anda tahu Yusuf mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya sudah lebih 200,000 orang. Wah..

Telatah comel Yusuf boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Iyalah, dah la putih gebu, geram juga kami bila melihat beliau. Hehe..

Untuk anda yang  ingin mengetahui perkembangan terbaru Yusuf, berikut kami sertakan beberapa lagi foto dan video  bayi tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

June 8th, 2016

Dilahirkan pada 3 Jun lepas, Yusof Iskandar iaitu anak kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mencuri tumpuan ramai.

Malah, Yusof juga sudah mempunyai akaun Instagram sendiri dimana beberapa foto telah dikongsikan kepada umum.

Buat peminat setia pasangan ini, berikut kami sertakan beberapa lagi foto Yusof Iskandar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

December 29th, 2015

Baru-baru ini Hairul Azreen mengumumkan isterinya, Hanis Zalikha sedang hamil empat bulan.

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata mereka tidak lama lagi, “baby bump” Hanis sudah semakin terserlah berdasarkan foto yang dimuat naik di akaun Instagram.

Memang nampak comel dan Hanis juga kelihatan lebih berseri  ketika sedang hamil.  Iyalah, siapa yang tidak sabar untuk menantikan detik untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali bukan?

Kami doakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Banyakkan berehat dan jaga pemakanan sepanjang tempoh kehamilan.