April 26th, 2013

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya identiti gadis yang berjaya mencuri hati Zizan Razak. Walaupun sudah dinafikan, masih kuat lagi spekulasi yang menyatakan gadis tersebut adalah Emma Maembong. Mungkinkah spekulasi tersebut akan bertambah kuat selepas kenyataan daripada ibu Zizan ini?

zizanemma

Menurut ibu Zizan, Emma Maembong pernah datang beraya di rumahnya kira-kira 2 tahun yang lepas. Katanya kepada portal Murai:-

Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.

zizanemma

Rasanya kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, ramai yang akan gembira. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma mungkin jarak usia yang lebih kurang 10 tahun akan menjadi sedikit masalah. Namun kalau dah cinta, apa saja halangan mampu dirempuh. Tak gitu?

P.S: Kos yang digunakan untuk menjadi Iron Man

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

April 16th, 2013

Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.

zizan razak

Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya.

zizan
Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut? Marilah kita meneka secara berjemaah. Siapa teka betul Abang Nara bagi iPhone 5 sebijik. Amboi ~~