Saya Belum Bersedia Luah Isi Hati Ini – Zizan Razak

Hiburan

Saya Belum Bersedia Luah Isi Hati Ini – Zizan Razak

Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.

zizan razak

Advertisement

Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya.

zizan
Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut? Marilah kita meneka secara berjemaah. Siapa teka betul Abang Nara bagi iPhone 5 sebijik. Amboi ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...