November 20th, 2014

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Yunalis Zarai yang sedang sibuk mengembangkan kerjayanya di Amerika Syarikat. Usaha keras Yuna di sana amat berbaloi kerana menerusi pembacaan Abang Nara, beberapa artis antarabangsa seperti Usher telah melahirkan rasa kagum dengan bakat penyanyi ini. Diharapkan tidak lama lagi kita akan mendengar berita baik mengenai kolaborasi Yuna dengan artis-artis antarabangsa yang lain.

yuna berpisah julian schratter

Bercakap mengenai hal peribadi, Yuna akhirnya telah mengesahkan yang hubungannya dengan jurugambar, Julian Schratter telah pun berakhir. Untuk makluman, hubungan mereka berdua telah bermula kira-kira pada Jun 2013. Namun akibat kesibukan Yuna sebagai seorang penyanyi, hubungan itu berakhir jua. Kata Yuna menerusi MalaysianDigest.

Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.

Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan, saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.

Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai

yuna

Apa pun Abang Nara tak sabar untuk melihat kelibat Yuna di dalam program E! News Asia Special yang akan bersiaran pada 25 November ini jam 10 malam di saluran Astro 712. Pasti banyak fakta-fakta menarik dan kisah-kisah yang tidak pernah dipaparkan akan dikongsikan oleh Yuna kelak. Sama-samalah kita nantikan.

June 21st, 2013

Walaupun sudah menitipkan kata-kata berbaur percintaan menerusi Tumblr miliknya, masih belum ada pengakuan daripada mulut Yuna sendiri mengenai hubungannya dengan Julian Schratter. Untuk makluman, Julian merupakan jurugambar peribadi Yuna.

yuna dan julian

Menerusi Berita Harian hari ini, Yuna mengakui mereka berdua di dalam fasa mengenali hati budi mNamun asing-masing.Keengganan Yuna bercerita mengenai percintaannya adalah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kata Yuna:-

Antara kami memang berkawan dan sekarang ini dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Kalau boleh saya enggan bercerita lebih lanjut kerana tidak mahu apa yang berlaku sebelum ini berulang kembali. Lagipun, sekarang ini saya mahu lebih fokus pada kerja

Ada betulnya kata Yuna itu. Sementara tengah meningkat naik ini, lebih baik tumpukan pada kerjaya. Semoga dalam proses mengenal hati budi ini, Yuna lebih bersemangat dan kreatif untuk mencipta lagu. Apa pun Abang Nara tak sabar rasanya nak menonton konsert Yuna di Istana Budaya yang telah diumumkan baru-baru ini.

P.S: Gambar Mazda 3 generasi baru tersebar

November 24th, 2010

yuna bercinta dengan qi

Terasa puitis semacam apabila kami menulis tajuk entri di atas. Sekali-sekala mengaplikasikan Tak salah rasanya untuk sekali sekala mengaplikasikan teknik penulisan yang di ajar di sekolah dulu.Berita terhangat yang baru kami dapat terima, Yuna dan Qi Qushairi kini dalam proses untuk menguntum cinta di dalam hati masing-masing. Kata Yuna:-

[note]Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain. Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal. [/note]

Kami suka dan sokong hubungan Yuna dan pelakon Blogger Boy, Qi Qushairi ini. Selama ini Qi pun tak pernah ada kontroversi buruk yang melanda dirinya, Clean. Jadi memang sangat sesuai dengan imej bersih Yuna. Orang kata kedua-duanya clean dan lebih mementingkan prestasi kerja. Tak gitu?

Kami percaya Yuna dan Qi tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh seperti dilakukan oleh seorang pelawak popular baru-baru ini. Jangan kerana satu perbuatan buruk menyebabkan segala imej bersih yang dibawa selama ini hancur berderai. Senang cerita, kalau bercinta tue silalah dengan lagu Kalau Berpacaran.

Apa pun good luck and all the best to Yuna dan Qi. Bercinta-bercinta jugak, kerja tue jangan lupa buat. Hehehe. Sumber dari Kosmo.

Update: Maafkan kekhilafan Abang Nara. Rupanya Qi ini tidaklah sebersih yang disangka. Dia ada kisah silamnya yang tersendiri. Boleh baca di ruangan komen. Terima kasih kepada semua yang mengingatkan Abang Nara. You guys the best!!!