August 13th, 2014

Eh, eh, eh. Makin cantik dan makin berseri-seri pulak Abang Nara tengok Wan Sharmila semenjak dua ini. Orang kata kalau muka ‘glowing’ tue maknanya nak kahwin dah tak lama lagi. Mungkin ada kebenaran sebab baru-baru ini keluar desas-desus yang Wan Sharmila akan bergelar isteri orang September ini. Terkejut juga Abang Nara membacanya. Betul ke tidak?

wan sharmila

Khabarnya si jejaka yang berjaya mencuri hati Wan Sharmila ialah seorang ‘pilot’. Ditanya oleh Kosmo mengenai kebenaran desas-desus ini, Wan Sharmila tampil membuat penafian. Kata Wan Sharmila:-

Saya sendiri tidak tahu akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan. Sudah tentu saya terkejut apabila mendengar perkara ini dan agak hairan macam mana ia boleh tersebar.

“Kalau benar saya akan berkahwin sudah tentu persiapan kini sedang sibuk dilakukan, sedangkan saya tidak membuat sebarang persiapan. Jadi, cerita yang mengatakan saya berkahwin pada September ini tidak benar

wan sharmila

Fuh~~ Kira ada can lagilah kalau korang nak mengorat Wan Sharmila nie. Kiranya masih single and available nie. Sebelum kena ngorat ngan orang lain, baik korang cuba. Makin hari makin cun Abang Nara tengok. Hehehe. Apa pun semoga Wan Sharmila cepat-cepat bertemu jodoh. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

wan sharmila

wan sharmila

wan sharmila
wan sharmila

wan sharmila

July 30th, 2013

Lama tidak mendengar kisah terbaru mengenai Wan Sharmila. Paling terakhir Abang Nara menulis mengenai dirinya ialah apabila kontroversi mengenai pakaiannya timbul. Rupanya dalam diam, Wan Sharmila yang sudah 4 tahun menjanda ini sedang enak dilamun cinta.

wan sharmila

Untuk makluman, sebelum ini perkahwinan Wan Sharmila dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom telah berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009. Kekasih baru Wan Sharmila bukanlah daripada orang seni dan kini sedang berada di London. Kata Wan Sharmila:-

Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar. Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni.

wan sharmila

Fuh ~~ Kalau dah berada di London, pasti bukan calang-calang orang. Entah-entah anak orang kenamaan. Tak kisah pun semua itu, yang penting Wan Sharmila dan kekasih barunya itu bahagia di sisi masing-masing. Semoga percintaan kali ini berakhir ke jinjang pelamin buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Model sedan Perodua Jaguh bakal dikeluarkan tidak lama lagi?