January 5th, 2016

Mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, bergaya, pujaan ramai wanita dan bujang kadangkala boleh memenatkan seorang ibu. Iyerlah, kalau dah si anak adalah Shaheizy Sam yang belum berkahwin sehingga ke hari ini, pasti selaku seorang ibu, Khaty Fauziah sering diasak soalan perkahwinan anaknya itu. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini terlalu banyak khabar angin tentang status anaknya itu. Ada yang kata dah kahwin, ada yang kata tengah buat persiapan kahwin dan macam-macam lagilah.

khaty fauziah

Menariknya, Khaty sendiri mengakui yang dirinya tidak tahu menahu tentang khabar angin yang sedang bertiup kencang ini. Sampai penat dirinya nak menjawab segala persoalan. Kata Khaty:-

Penat saya nak jawab soalan-soalan seperti ini. Bukannya apa, saya sendiri tak tahu mengenai perancangan Sam, orang luar sudah bercakap-cakap. Ada yang kata Sam sudah berkahwin. Ada yang cakap Sam dah nak kahwin. Runsing saya dibuatnya.

Usah risau, berita gembira itu sudah semestinya akan dikongsikan kepada umum jika ia benar-benar berlaku. Kalau anda tidak percaya, tanya pihak syarikat Global Station. Sam kini terlibat dengan penggambaran berjudul Bimbo bersama produksi itu. Dan dia akan menjalani penggambaran drama itu di Korea. Jadi, bila masa dia nak kahwin? Hahaha.

shaheizy sam

Sebelum ini, Shaheizy Sam sering dikaitkan dengan hubungan percintaan bersama pelakon Syatilia Melvin. Namun Syatilia telah memaklumkan yang dirinya tidak tahu menahu tentang persiapan perkahwinan yang kononnya sedang rancak dilakukan. Apa pun, Abang Nara yakin Shaheizy Sam akan memaklumkan kepada peminatnya apabila hari istimewa itu tiba. Selaku peminat, sabarlah menanti. Sumber Mstar Online.

August 4th, 2015

Ramai peminat yang mengatakan aktor Shaheizy Sam ibarat main tarik tali apabila enggan mendedahkan siapa bakal isteri beliau meskipun aktres Syatilla Melvin telah membuat pengakuan bahawa beliau sudah bersedia untuk memikut tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Sam.

Namun dalam satu muat naik terbaru beliau di Instagram, Syatilla menegaskan beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan sudah bersedia menjadi isteri Sam dan apa yang orang ramai dengar sebelum ini adalah satu salah faham sahaja. Malah, beliau belum bertemu dengan mana-mana calon istimewa buat masa ini.

Sam juga yang menyedari isu berkenaan, turut menasihatkan Syatilla untuk terus bersabar kerana sudah menjadi lumrah dalam dunia hiburan untuk seseorang itu di himpit dengan cerita tidak benar. Apa yang penting Syatilla fokus pada kerjaya beliau dan jangan ambil pusing mengenai isu seperti ini.

Selamat datang ke dunia HIBURAN,  Jangan amek hati dengan apa yg tertulis dalam ruangan HIBURAN kerana semuanya bakal menjadi HIBURAN utk bacaan umum. Oleh kerana kita bekerja didalam dunia HIBURAN, maka kita tak dapat lari dari semua ni dan penulis hanya menjalankan tugas sepertimana yg dituntut oleh dunia HIBURAN, jadi tajuk sesebuah cerita tu haruslah menghiburkan. Jangan sesekali berputus asa mencari rezeki dalam bidang HIBURAN ini seandainya memang betul rezeki awak kat sini, ok? Kerana dalam apa sahaja bidang kita berada sekalipun, pasti ada perkara yg best dan juga perkara yg kurang best, yg penting fokus la pada kerja dgn ikhlas dan yg terbaik utk DIRI SENDIRI. Cheh wah!!! Hehek Selamat mencari rezeki yg halal dan selamat berhibur semua. LOVE U ALL LAH.

Jadi siapakah sebenarnya yang bakal menjadi isteri Shaheizy Sam? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber Berita: Instagram Syatilla Melvin Dan Instagram Shaheizy Sam

August 3rd, 2015

Berita mengenai Shaheizy Sam yang ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi cukup menjadi perhatian peminat apatah lagi wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri beliau iaitu aktres Syatilla Melvin juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Namun, Sam sehingga kini masih lagi enggan mendedahkan butir lanjut mengenai perkahwinan  beliau dan hanya mengakui Syatilla sebagai wanita paling rapat dalam hidupnya selain menyerahkan soal percintaan kepada takdir.

Terus terang, saya berkawan dengan semua orang. Dia (Syatilla) memang wanita yang baik dan akrab dengan keluarga saya. Sejujurnya kami telah berkawan hampir enam tahun dan itu membuktikan bahawa saya selesa berkawan dengannya. Namun, pada masa sekarang apa yang boleh diperkatakan hanyalah hubungan kami cukup sekadar teman baik. Soal cinta itu terserah kepada kuasa Allah untuk menentukannya.

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Sam kini sedang giat melakukan persiapan perkahwinan dan telah pergi ke luar negara untuk membeli barang hantaran. Walaubagaimanapun, jelas Sam perkara itu sama sekali tidak benar.

Tidak(ketawa). Saya tidak faham bagaimana isu itu boleh timbul kerana yang jelas sehingga ke hari ini segala apa yang dikata adalah dusta. Bagaimana untuk mencari barangan perkahwinan sekiranya calonnya juga tidak ada?.

Buat Sam beliau menerima sekiranya jodoh beliau sudah tertulis bersama Syatilla tetapi perkara yang paling penting bagi beliau ialah restu daripada ibunya Khaty Fauziah serta keluarga mereka. Dalam pada itu, Sam juga sempat berkongsi bahawa beliau juga sukakan wanita bertudung untuk dijadikan isteri. Pada beliau mereka yang bertudung tampak lebih cantik dan manis.

Saya juga sukakan wanita bertudung(ketawa). Bagi saya mereka lebih cantik, namun perlu selari dengan niat kerana bertudung adalah salah satu tuntutan agama dan bukan perkara suka-suka.

Namun, siapa saya untuk menilai orang. Seperti yang dikatakan, saya sangat mementingkan pendapat mummy dan menyerahkan keputusan 100 peratus di tangannya. Jika mummy mempunyai calon sendiri dan itu adalah jodoh saya, insya-Allah perkara baik pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Pastinya sudah tidak sabar untuk melihat Shaheizy Sam ke jinjang pelamin, tetapi perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah kerana cabaran selepas perkahwinan itu lebih hebat dan memerlukan daya ketahan mental dan fizikal yang baik. Apa-apa pun doakan niat Sam untuk berkahwin itu tercapai.

Sumber Berita: Kosmo

July 30th, 2015

Mengejutkan peminatnya apabila muncul dengan imej berambut pendek baru-baru ini, Syatilla Melvin mengakui sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Umum mengetahui yang Syatilla mempunyai hubungan rapat dengan Shaheizy Sam, walaupun tiada pengakuan cinta yang keluar daripada mulut kedua-duanya. Syatilla dan Shaheizy masing-masing lebih gemar bermain tarik-tarik tali dengan media. Mungkin kedua-duanya masih malu-malu kucing atau sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

syatilla melvin

Mengakui masih berhubung rapat dengan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin telah pun melahirkan kesediaannya untuk bergelar seorang isteri. Kata Syatilla:-

Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bercerita perkara ini. Hubungan kami juga berjalan baik. Saya menghormati semua pihak yang berkait dalam perkara ini.

Apabila tinggal di Kuala Lumpur, rutin harian saya lebih kepada kerja. Sampai satu tahap, baru saya sedar betapa hidup ini kosong. Selalu terfikir betapa indahnya jika berkahin dan mempunyai keluarga sendiri.

Saya memang sudah bersedia ke arah itu. Niat sudah ada dan selebihnya saya hanya berdoa. Insya Allah saya berharap perkara ini menjadi kenyataan Lagi pula, kedua-dua belah keluarga sudah saling mengenali.

syatilla melvin

Abang Nara faham kesunyian seorang wanita lebih-lebih lagi mereka yang berusia lebih kurang macam Syatilla Melvin ini. Namun nasihat Abang Nara, perkahwinan itu bukanlah satu perkara yang mudah. Sesungguhnya lebih banyak cabaran selepas berkahwin berbanding ketika hidup solo. Pastikan diri anda sudah betul-betul bersedia, bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental dan rohani. Apa pun, Syatilla telah pun bagi ‘green light’ kepada Shaheizy Sam. Orang kata takkan nak tunggu lama-lama lagi kan? Sila masuk meminang sekarang jugak sebelum dirampas orang. Hehehe.

P.S: Panda tertua sambut hari jadi yang ke 37