Shaheizy Sam Nafi Buat Persiapan Perkahwinan

Hiburan

Shaheizy Sam Nafi Buat Persiapan Perkahwinan

Berita mengenai Shaheizy Sam yang ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi cukup menjadi perhatian peminat apatah lagi wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri beliau iaitu aktres Syatilla Melvin juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Advertisement

Namun, Sam sehingga kini masih lagi enggan mendedahkan butir lanjut mengenai perkahwinan  beliau dan hanya mengakui Syatilla sebagai wanita paling rapat dalam hidupnya selain menyerahkan soal percintaan kepada takdir.

Terus terang, saya berkawan dengan semua orang. Dia (Syatilla) memang wanita yang baik dan akrab dengan keluarga saya. Sejujurnya kami telah berkawan hampir enam tahun dan itu membuktikan bahawa saya selesa berkawan dengannya. Namun, pada masa sekarang apa yang boleh diperkatakan hanyalah hubungan kami cukup sekadar teman baik. Soal cinta itu terserah kepada kuasa Allah untuk menentukannya.

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Sam kini sedang giat melakukan persiapan perkahwinan dan telah pergi ke luar negara untuk membeli barang hantaran. Walaubagaimanapun, jelas Sam perkara itu sama sekali tidak benar.

Tidak(ketawa). Saya tidak faham bagaimana isu itu boleh timbul kerana yang jelas sehingga ke hari ini segala apa yang dikata adalah dusta. Bagaimana untuk mencari barangan perkahwinan sekiranya calonnya juga tidak ada?.

Buat Sam beliau menerima sekiranya jodoh beliau sudah tertulis bersama Syatilla tetapi perkara yang paling penting bagi beliau ialah restu daripada ibunya Khaty Fauziah serta keluarga mereka. Dalam pada itu, Sam juga sempat berkongsi bahawa beliau juga sukakan wanita bertudung untuk dijadikan isteri. Pada beliau mereka yang bertudung tampak lebih cantik dan manis.

Saya juga sukakan wanita bertudung(ketawa). Bagi saya mereka lebih cantik, namun perlu selari dengan niat kerana bertudung adalah salah satu tuntutan agama dan bukan perkara suka-suka.

Namun, siapa saya untuk menilai orang. Seperti yang dikatakan, saya sangat mementingkan pendapat mummy dan menyerahkan keputusan 100 peratus di tangannya. Jika mummy mempunyai calon sendiri dan itu adalah jodoh saya, insya-Allah perkara baik pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Pastinya sudah tidak sabar untuk melihat Shaheizy Sam ke jinjang pelamin, tetapi perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah kerana cabaran selepas perkahwinan itu lebih hebat dan memerlukan daya ketahan mental dan fizikal yang baik. Apa-apa pun doakan niat Sam untuk berkahwin itu tercapai.

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...