April 15th, 2020

Setelah lama berahsia, akhirnya pelakon Mira Filzah mengakui dia sudah mempunyai teman lelaki. Dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar, timbul desas-desus mereka akan berkahwin pada Oktober ini.

mira filzah kahwin

Tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin itu, Mira mengakui Wan Emir sudah pun berjumpa dengan keluarganya. Dia berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga segala perancangan dipermudahkan.

Pertanyaan Ustazah Asma cukup spontan apakah saya dan Wan Emir sudah bertunang. Saya jawab sahaja kerana memikirkan tiada apa yang perlu disorokkan.

mira filzah kahwin

Jujurnya, apa yang saya boleh komen, minta semua mendoakan yang terbaik supaya urusan berkaitan perkahwinan dipermudahkan. Lagipun, kita sedang diuji dengan virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terdahulu, Mira mengesahkan hatinya sudah dimiliki menerusi program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook. Difahamkan, Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik Mira, beberapa bulan lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

April 13th, 2020

Setelah lama berahsia, teka-teki mengenai status diri Mira Filzah akhirnya terjawab apabila tuan empunya badan mengesahkan dirinya sudah mempunyai teman lelaki. Malah, kedua-dua keluarga telah pun bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

mira filzah sudah berpunya

Perkara itu didedahkan oleh Mira menerusi program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook semalam. Dia menjawab pertanyaan tentang teman lelaki dan desas-desus dia sudah mengikat tali pertunangan.

Iya. Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga.

mira filzah sudah berpunya

Selepas medengar jawapan dari Mira, ustazah Asma menjelaskan bahawa dalam agama Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.

Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

mira filzah sudah berpunya

InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan.

Terdahulu, Mira memilih untuk berdiam diri selepas timbul gosip mengatakan dia sudah dirisik dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September depan bersama Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.  Mereka juga dikhabarkan akan disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.

Sumber Berita : mStar Online

March 12th, 2020

Pelakon Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengannya, Wan Emir Astar dikhabarkan bakal disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.

mira filzah wan emir astar kahwin oktober 2020

Menurut satu sumber kepada Astro Awani, pasangan ini bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di ibu negara. Bagaimanapun, Mira dan Emir sehingga kini masih mengunci mulut dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan percintaan mereka.

Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini.

wan emir astar mira filzah

Difahamkan Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik dan timbul desas-desus mereka bakal mengikat tali pertunangan pada September depan.

Cinta hati pelakon popular itu bukan calang-calang orangnya, Wan Emir merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

mira filzah kahwin oktober 2020

Lelaki itu merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali mesra bersama dan timbul pula bibit cinta.

Sumber Berita : Astro Awani

March 9th, 2020

Umum mengetahui pelakon cantik, Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan ramai yang mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar.

mira filzah

Identiti lelaki yang berjaya mencuri hati pelakon itu diketahui apabila pasangan ini buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah pada Januari lalu. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengakuan keluar dari mulut mereka demi menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga.

Namun, baru-baru ini Emir nampaknya semakin “terbuka” mengenai percintaan mereka. Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid itu ada berkongsi sebuah coretan istimewa penuh bermakna ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.

mira filzah wan emir

Bukan sekadar ayat-ayat romantis, Emir juga memuat naik sekeping foto yang dikatakan mirip pelakon paling popular itu.

Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut yakin bahawa wanita itu adalah Mira. Malah, Mira juga dilihat meninggalkan tanda ‘like’ pada gambar tersebut.

mira filzah mira filzah kekasih mira filzah

Difahamkan, Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Ehem, kalau bercinta pun apa salahnya kan? Jujur sahaja, pasti ramai mendoakan kebahagiaan mereka berdua.