March 12th, 2020

Pelakon Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengannya, Wan Emir Astar dikhabarkan bakal disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.

mira filzah wan emir astar kahwin oktober 2020

Menurut satu sumber kepada Astro Awani, pasangan ini bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di ibu negara. Bagaimanapun, Mira dan Emir sehingga kini masih mengunci mulut dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan percintaan mereka.

Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini.

wan emir astar mira filzah

Difahamkan Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik dan timbul desas-desus mereka bakal mengikat tali pertunangan pada September depan.

Cinta hati pelakon popular itu bukan calang-calang orangnya, Wan Emir merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

mira filzah kahwin oktober 2020

Lelaki itu merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali mesra bersama dan timbul pula bibit cinta.

Sumber Berita : Astro Awani


4 responses to “Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober 2020?”

  1. mah says:

    Kenapa ada tanda soalan?. Dan nape x keluar dari mulut minah ni. Biar minah ni buat pc sendiri. kawan dia ker bagi tau astro awani. Lambat ker cepat dia yg nak kawin ??

  2. feldegast says:

    Overrated indeed. Ni sorang lagi nak acah2 macam Ruhainies sorok sana sini. Laki tu takde la hensem atau kaya sangat pun nak acah2 top star. Publisiti berlebihan mengalahkan talent dia yang sedikit tu.

  3. anonymous says:

    overrated,ka tbelah mana talent si minah…hmm

  4. Anonymous says:

    menyibuk je la kor ni Nara. Biar la mereka tu, ni asyik nak buat andaian je memanjang…

Loading...