July 9th, 2015

Dua tahun bercinta dengan seorang jejaka Muslim yang berasal daripada Pulau Pinang, Marsha Milan memberitahu beliau enggan terburu-buru dalam membuat keputusan dan belum memikirkan untuk memeluk agama Islam. Buat Marsha beliau tidak mahu dipaksa dalam hal sebegini dan menyifatkan perkara yang melibatkan agama adalah satu hal yang sensitif serta serius.

Biarlah masa yang menentukan. Rancangan untuk memeluk agama Islam belum difikirkan buat masa ini walaupun ada yang tahu teman lelaki saya beragama Islam. Untuk menukar agama bukan sesuatu yang mudah. Isu agama sangat sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahagian dan secara umum sahaja.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terburu-buru dan teruja sangat. Nanti salah cakap orang akan jadikan sebagai isu. Kalau jodoh itu datang secara tiba-tiba. Kita terima sahaja. Yang penting, saya selesa dengan situasi sekarang dan kekasih tidak memaksa .

Tambah Marsha lagi, pihak keluarga lelaki yang sudah mengenali dirinya tidak mempunyai masa untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Walaubagaimanapun, jelas Marsha beliau masih lagi belum memaklumkan kepada keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki Islam.

Mereka tahu kami perlukan masa untuk disatukan. Sebab itu, kahwin bukan soalan yang sentiasa ditanya. Memang saya pernah cakap sudah lama merancang untuk berkahwin tetapi banyak sebab membuatkan saya menangguhkan dahulu hasrat itu.

Saya juga belum bertanya keluarga untuk berkahwin dengan lelaki Islam. Saya kena lalui semua itu dahulu baru fikir untuk fasa seterusnya.

Kalau diri benar-benar sudah yakin bahawa si dia adalah lelaki yang terbaik buat anda, maka Marsha Milan harus persiapkan diri untuk memeluk agama Islam. Keizinan daripada ibu bapa serta keluarga juga penting agar mereka setuju untuk beliau berkahwin dengan jejaka beragama Islam.

Sumber Berita: Utusan Online

 

 

June 30th, 2015

Bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah empat tahun pelakon serta pengacara Marsha Milan Londoh berpuasa dan merasa seronok menjalani ibadah ini terutama sekali ketika berbuka puasa dan bersahur.

Ramai yang menganggap mungkin ini salah satu petanda bahawa Marsha mungkin akan memeluk agama Islam lebih-lebih lagi beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka Melayu dari Pulau Pinang.

Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati.

Berbicara mengenai kekasihnya itu, Marsha menafikan beliau kini bercinta dengan suami orang. Sebelum melangkah ke alam percintaan, Marsha telah menyiasat latar belakang kekasihnya itu agar tidak terperangkap didalam masalah pada masa hadapan.

Dia bukan duda atau suami orang. Sebelum berkawan, saya menyiasat latar belakangnya dan memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak menjalin hubungan dengan suami orang. Ini kerana jika saya dalam situasi ieteri lelaki terbabit, saya juga tidak suka bermadu.Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan.

Sudah dua tahun bercinta, Marsha dan kekasih bagaimanapun belum lagi mempunyai rencana untuk berkahwin.

Kami sudah dua tahun bercinta tapi belum memikirkan soal itu (kahwin). Keluarganya merestui hubungan kami. Bukan apa, sebelum berkahwin banyak hal perlu dipertimbangkan terutama soal kerjaya saya.

Kalau bercinta dengan suami orang dan hidup bermadu bukanlah satu perkara yang mudah, kalau boleh janganlah sesiapa pun berani untuk mengambil risikonya. Sudah banyak kes akhirnya mereka akan tetap bersama isteri pertama dan meninggalkan isteri kedua.

Sumber Berita: Harian Metro

 

November 12th, 2014

Walaupun memiliki wajah yang jelita, Marsha Milan Londoh kurang bernasib baik dalam percintaan. Sebelum ini rasanya sudah beberapa kali percintaan penyanyi ini berakhir di tengah jalan. Namun kegagalan tersebut tidak menghalang Marsha untuk terus mencari cinta sejati, lebih-lebih lagi apabila umurnya hampir mencecah 30 tahun. Memang usia yang amat sesuai untuk bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

marsha

Kalau tak silap, bekas kekasih Marsha sebelum ini adalah lelaki Melayu. Kali ini Marsha mengakui yang dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki Melayu. Mungkin ‘taste’ Marsha memang lelaki Melayu kot. Lagipun Marsha berasal dari Sabah jadi sudah biasa dengan adat resam orang Melayu. Kata Marsha:-

Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu. Hubungan kami sudah berlarutan setahun. Semua orang di muka bumi ini mengimpikan untuk hidup bahagia dengan pasangan masing-masing.

Saya tak terkecuali dan ada menyimpan hasrat yang sama. Tambahan pula tahun depan usia saya akan menginjak 30 tahun. Cuma buat masa ini, saya hanya serahkan pada takdir. Saya hanya merancang, selebihnya biarlah waktu berjalan mengikut keadaan.

Apapun saya berharap supaya peminat juga turut mendoakan kebahagiaan saya. Itu yang lebih penting

marsha

Semoga percintaan Marsha kali ini akan berakhir di jinjang pelamin. Taknaklah putus-putus cinta lagi. Kesian pula kalau hati Marsha dilukai sekali lagi. Sama-samalah kita doakan semoga lelaki kali ini adalah yang terbaik buatnya. Semoga berjaya Marsha. Sumber Berita Harian.