September 15th, 2013

3 bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya Fouziah Gous dan Zhafran telah pun mengumumkan hari pernikahan mereka pada Jumaat yang lalu. Bakal pengantin ini telah sepakat untuk memilih 21 September (Sabtu depan) di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira jam 8 malam.

gambar nikah fouziah gous

Selepas itu, pada 29 September, majlis sebelah pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada minggu seterusnya (5 Oktober) bertempat di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

gambar nikah fouziah gous

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran. Patutlah nampak makin berseri-seri sejak kebelakangan ini. Semoga majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

April 27th, 2013

Kehidupan cinta Fouziah Gous sememangnya penuh dengan ranjau. Sebelum ini Fouziah pernah digosipkan bercinta dengan seorang VVIP. Malah rakan baiknya, Iqram Dinzly juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengannya. Senang cerita, tak putus-putus nama yang dikaitkan dengan si jelita ini.

zhafran fouziah

Namun akhirnya identiti jejaka yang berjaya mencuri hati Fouziah Gous dikongsi juga olehnya menerusi Instagram baru-baru ini. Nama si jejaka ini ialah Zhafran Yusof dan berumur 30 tahun. Mereka berdua telah pun menjalani kursus kahwin baru-baru ini dan bakal bertunang pada bulan Mei atau Jun ini.

fouziah gous

Fouziah Gous hari ini bercerita panjang lebar mengenai hubungannya dengan Zhafran menerusi Harian Metro. Kata Fouziah Gous:-

Baru sekarang saya meletakkan gambar saya dan teman lelaki (Zhafran) dalam Instagram iaitu selepas kami menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Sebelum ini bukan niat saya mahu menyembunyikan hubungan kami, tetapi sealgi tiada yang pasti, saya tak mahu heboh.

Selama ini orang selalu menuduh saya berkawan dengan orang itu dan ini. Malah, ada juga ketika saya sedang berkawan dengan orang lain, nama orang lain pula yang naik. Tak pasal-pasal saya menjadi mangsa fitnah sehingga ada yang menuduh saya kononnya sudah berkahwin dengan seorang individu dan mereka ternampak saya dan “suami” meninjau rumah baru kami yang dalam pengubahsuaian.

Semua cerita itu mengarut. Oleh itu untuk berlaku adil terhadap Zhafran, saya paparkan gambar kami berdua dalam Instagram supaya peminat dan masyarakat tahu dialah calon suami saya.

Sebaik saja saya gambar itu dimuatkan dalam Instagram, ramai yang cuba menghubungi saya termasuklah rakan media. Dengan paparan gambar itu, saya berharap lenyaplah segal spekulasi siapa yang bertakhta di hati saya ketika ini. Zhafranlah orangnya dan bukan juga seorang VIP seperti yang disangkakan selama ini.

Saya lebih suka bercinta selepas berkahwin untuk mengelakkan berlakunya perkara yang kurang manis dan melanggar batasan agama. Tak bagus saya keluar Zhafran tanpa sebarang ikatan. Insya-Allah majlis perkahwinan dan persandingan kami pun akan disegerakan.

zhafran

Semoga dengan penjelasan panjang lebar ini, tiada lagi suara-suara sumbang mengenai status percintaan Fouziah Gous. Marilah sama-sama kita doakan agar perancangan Fouziah untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Pasti ramai peminat yang tak sabar untuk melihat Fouziah menjadi raja sehari. Confirm berseri-seri punya!!!

P.S: Pekerjaan individu di Malaysia sebelum popular

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

March 29th, 2012

Argh ~~~ Pasti ramai yang bertambah kecewa apabila seorang demi seorang artis wanita hot di Malaysia mengumumkan status mereka sebagai not available. Yang terbaru, Fouziah Gous membuat pengakuan ekslusif kepada Mstar Online yang dia sekarang sedang bercinta dengan seorang Datuk Seri yang berstatus duda.

fouziah gous bercinta

Kata Fouziah Gous:-

Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini.

Apabila ditanya tentang kelibat dirinya yang sering kali dilihat bersama dengan kekasihnya itu di acara-acara hiburan, Fouziah Gous berkata:-

Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain.

Kepada yang kecewa dengan berita ini, jangan sedih-sedih. Doakanlah kebahagiaan Fouziah Gous. Kalau sudah memang tertulis jodohnya dengan Datuk Seri ini, semoga segala urusan ke arah itu dipermudahkan. Tahniah kepada Fouziah Gous sekali lagi atas berita gembira ini.