August 5th, 2014

Ini barulah macho, tampan, bergaya, penuh keyakinan, gentleman dan ada ciri-ciri suami sejati. Seperti yang Abang Nara telah kongsikan sebelum ini, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kini telah pun pulih seperti biasa. Mereka berdua telah pun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Apa yang mengkagumkan Abang Nara ialah teman lelaki baru Nabila Huda yang bertanggungjawab dalam menyatukan kembali hubungan si ayah dan si anak ini. Respek!!!
nabila
Walaupun identitinya masih tidak diketahui, jelas terserlah kematangan kekasih baru Nabila Huda ini. Walaupun sebelum ini Amy Search pernah memaki hamun dan tidak merestui hubungan anaknya dengan si kekasih baru ini, namun ia tidak menghalang lelaki ini untuk memulihkan hubungan Amy dan Nabila. Kata Amy Search menerusi Mstar Online:-

Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih. Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat

nabila huda

Lelaki seperti ini bukan mudah untuk dijumpai di zaman sekarang. Nasihat Abang Nara kepada Nabila Huda, cepat-cepatlah kahwin dengan kekasih anda. Jelas terserlah betapa dia adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga. Insya Allah kebahagiaan pasti menjadi milik anda sekiranya berkahwin. Sila cepat takut ramai yang nak rembat nanti. Hehehe.

June 16th, 2014

Sekian lama “single” selepas putus cinta dengan Nas-T, Nabila Huda nampaknya sudah pun menemui pengganti. Namun begitu, identiti lelaki tersebut masih rahsia dan Nabila Huda hanya memberikan “hint” mengenai kewujudan kekasih baru di dalam hidupnya menerusi akaun Instagramnya. Di dalam salah satu gambar yang dimuat naik olehnya dengan caption “Love lane..:)“, Nabila kelihatan berpegangan tangan dengan seseorang.

kekasih baru nabila huda

Menariknya gambar tersebut diambil ketika Nabila Huda dalam perjalanan ke London. Adakah Nabila pergi bercuti bersama kekasih barunya di kota penuh romantik itu? Selain gambar berpegangan tangan di atas, pelakon hebat ini turut memuat naik sebuah gambar mereka berjalan beririrangan dengan caption “From london with love“. Amboi memang romantika habis.

kekasih baru nabila huda

Abang Nara tertanya-tanya jejaka manakah yang berjaya mencuri hati Nabila Huda ini. Pasti kacak orangnya. Semoga Nabila berbahagia di samping kekasih barunya ini. Semoga kebahagiaan yang dicari akan ditemui. Lagi beberapa gambar Nabila Huda di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda

April 8th, 2013

Tahukah anda bahawa Nabila Huda dan Nas-T kini adalah pasangan kekasih? Mereka baru sahaja mula bercinta baru-baru ini. Kalau anda ada melihat Instagram Nabila Huda, pasti anda akan perasan gambar mereka berdua yang sering dikongsi oleh Nabila.

nabila huda

Dan sudah tentu selaku seorang kekasih, Nas-T amat gembira dan bangga dengan kemenangan Nabila Huda semalam di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Kata Nabila Huda kepada portal GUA:-

Hubungan cinta saya dan Nas-T baru sahaja bermula. Sudah tentu dia berasa cukup gembira apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Dia juga bangga dapat menjadi lelaki yang berada di samping saya ketika saat-saat ini. Sebagai teman lelaki dan juga sahabat yang sudah lama saya kenali, Nas-T banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya. Dia tahu minat saya dalam bidang lakonan macamana

nabila huda

Sementara itu banyak pihak yang mengkritik tindakan Nabila Huda memeluk Fizz Fairuz dan Tomok apabila diumumkan sebagai pemenang. Namun menurut Nabila, itu adalah aksi spontan dan pelukan tersebut tidak lebih daripada pelukan seorang sahabat.

Sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sebenar peluk semua orang sebelum naik ke pentas. Itu aksi spontan saya. Saya peluk Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat saya. Saya mengenali mereka sudah lama dan mereka tahu perjalanan kerjaya saya bagaimana. Kalau orang hendak mengata tindakan saya itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak kisah pun kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak nak hipokrit. Ini adalah diri saya

Beberapa keping lagi gambar Nabila Huda di ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

glu

P.S: Abang Nara baru 4 hari mencuba Aura White ini. Ada terasa sedikit perubahan terutama di kulit wajah. Jerawat sudah tidak timbul dan jerawat yang ada sudah kecut. Menarik kan? Impaknya memang pantas. Anda pun bolehlah cuba. Hanya RM150 dan ada banyak free gift. Untuk tempahan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

nabila huda
nabila huda
nabila huda
nabila huda
nabila huda