Written by AbangNara | August 5th, 2014

Ini barulah macho, tampan, bergaya, penuh keyakinan, gentleman dan ada ciri-ciri suami sejati. Seperti yang Abang Nara telah kongsikan sebelum ini, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kini telah pun pulih seperti biasa. Mereka berdua telah pun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Apa yang mengkagumkan Abang Nara ialah teman lelaki baru Nabila Huda yang bertanggungjawab dalam menyatukan kembali hubungan si ayah dan si anak ini. Respek!!!
nabila
Walaupun identitinya masih tidak diketahui, jelas terserlah kematangan kekasih baru Nabila Huda ini. Walaupun sebelum ini Amy Search pernah memaki hamun dan tidak merestui hubungan anaknya dengan si kekasih baru ini, namun ia tidak menghalang lelaki ini untuk memulihkan hubungan Amy dan Nabila. Kata Amy Search menerusi Mstar Online:-

Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih. Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat

nabila huda

Lelaki seperti ini bukan mudah untuk dijumpai di zaman sekarang. Nasihat Abang Nara kepada Nabila Huda, cepat-cepatlah kahwin dengan kekasih anda. Jelas terserlah betapa dia adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga. Insya Allah kebahagiaan pasti menjadi milik anda sekiranya berkahwin. Sila cepat takut ramai yang nak rembat nanti. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Serius Macho, Kekasih Jernihkan Hubungan Nabila Huda Dengan Amy Search

  1. Anonymous says:

    bagus le jernihkan hubungan dia org …pas ni jernihkan hati nabila plk supaya pakaian tu jgn seksi sgt…

    0

    0
    • cam siot jer says:

      Walaupun ayah dah beri keizinan… TETAPI ITU BUKAN BERMAKSUD korang boleh berkepit, bersentuhan atau pergi bercuti bersama…

      Yang haram tetap haram… korang nak berkepit? Nak macho atau tak… sila kahwin dulu… siot jer pemikiran artis sekarang… soal haram halal perkara ke-2… agama dah letak ke tepi… Amy… sepatotnya ngko mesti marah dan kawal anak ngko keluar dengan jantan bukan muhrim… sorry to say… aku tak respek…

      0

      0
    • Jemah Jemahan says:

      Harap lepas ni tiada lagi fesyen ala bundle…

      0

      0
  2. ina says:

    Bagus le g tu.. Air di cincang xkn putus.. Tpi pasni hormat ler ckit nk bwk ank org g bcuti.. Masuk minang trus.. Nk bwk bcuti ke luar ke ke dlm ke tgh ke tepi dunia pn xpa dh..

    0

    0
    • salotape says:

      weh…ko biar betul…walau dah bertunang…hubungan antara lelaki dan perempuan masih ada batasnya….selagi belum akad nikah…semua perkara antara ko dan tunang ko masih kena jaga…elok ko baca kitab balik…statement ko ni boleh rosakkan pikiran orang lain…jangan sampai ko halalkan yang haram…komen tu hati-hati skt…walaupun ini sekadar blog gasip…

      0

      0
      • ina says:

        Wei salotape.. Ko ingat aku ni bodoh benor ke mcm ko?? Aku pn tau la.. Ko kalu nk tunjuk ko pandai sgt g ngaji bkn mnyemak kt blok gosip ni… Tu la suh blaja ponteng g serong!! Maksud aku dh btng tu pastu kwin la.. Xkn aku nk huraikn satu2.. Org pn leh pikir.. Sengall

        0

        0
  3. woiitt says:

    tunjuklah muka kekasih tu…tak macho lah mcm ni

    0

    0
  4. aku says:

    aku suka abil. seksi2 dia pun, dia x kacau org, x tergedik2.. ada ko pernah dgr dia gaduh ngan sapa2.. ada??
    tgk rancangan raya haritu yang ada kaka n ezlyn skali tu.. aku lbih muak tgk perangai ezlyn yg terkinja2 tu.. abil rilek jer.. sokong abil!! :)

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    betul tu ‘aku’….aku sokong ko….abil x tergedik2,dy jadi diri dia sendiri…

    0

    0
  6. […] Serius Macho, Kekasih Jernihkan Hubungan Nabila Huda Dengan Amy Search (11) […]

    0

    0
  7. […] sumber (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); […]

    0

    0