April 15th, 2015

Sejak tersebarnya berita serta pengakuan empunya diri iaitu Zizan Razak bakal berkahwin tidak lama lagi, ramai yang tertanya-tanya identiti wanita yang bakal menjadi peneman hidup pelawak tersebut.

Spekulasi mula timbul apabila Zizan petang tadi telah memuatnaik foto beliau sedang menikmati minum petang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 31 bersama ibu serta pengurus beliau Ashraf Rahman di kampung halaman beliau di Terengganu. Apa yang menarik perhatian semua adalah, siapakah wanita bertudung yang duduk di sebelah Zizan?

 Zizan ketika dihubungi wartawan Berita Harian berkata, wanita dalam foto tersebut adalah kekasih abangnya.

Bukan, itu kekasih abang saya.

Nampaknya ramai yang tak sabar nak lihat wajah sebenar bakal isteri Zizan Razak. Sabarlah ya, kami pasti bila tiba waktu yang sesuai nanti pasti beliau akan memperkenalkan calon isterinya kepada umum.

Sumber Berita: Berita Harian

 

April 14th, 2015

Sebelum ini, beberapa pihak media telah melaporkan bahawa pelawak terkenal Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang gadis daripada Terengganu telah menjadi bualan ramai beberapa hari lepas. Berita tersebut nyata mengejutkan orang ramai dan menganggap tindakan beliau adalah kerana ingin menutup kontroversi.

Mengakui bakal berkahwin pada tahun ini, Zizan bagaimanapun menyatakan beliau masih belum pulang ke kampung untuk berbincang tarikh perkahwinan yang sesuai sekaligus menafikan berita berkahwin pada Jun ini.

Zizan yang baru sahaja sebulan mengenali gadis tersebut berharap perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya nanti.

Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda.

Berbicara soal beliau yang sebelum ini mahu memenangi semula hati Emma Maembong, Zizan akhirnya sudah menerima hakikat jodoh mereka sudah berakhir dan mendoakan yang terbaik buat Emma kerana percaya beliau mempunyai bakat untuk terus maju dalam industri lakonan.

Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri.

Kami rasa mungkin perkahwinan Zizan Razak ini merupakan hasrat orang tuanya yang tidak ingin lagi melihat beliau merana dalam percintaan. Kata orang, cinta selepas kahwin itu lebih manis. Kenangan yang dahulu biarlah ia berlalu.

Sumber Berita: Harian Metro

April 12th, 2015

Sebelum ini Zizan Razak ialah antara pelawak yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova yang sering menghantar mesej lucah melalui pendedahan dua orang wanita. Zizan bagaimanapun menafikan dia ialah pelawak yang dimaksudkan.

Melalui BH Plus, Zizan bagaimanapun memberitahu akan melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis Terengganu berusia 24 tahun pada Jun ini dan akan pulang ke kampung dalam masa terdekat untuk urusan merisik dan meminang. Khabarnya, gadis pilihan hatinya itu tidak perlu bersolek tebal untuk kelihatan cantik.

Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu.

Bagi Zizan keputusan untuk berkahwin dalam masa yang singkat ini bukan satu tindakan drastik atau terburu-buru. Dia membuat keputusan itu memandangkan usianya mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

Namun begitu, Zizan mendakwa dia juga menderita dan menangis hatinya sehinggakan dia terpanggil untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Kalau begitu eloklah. Walaupun dia melihat tindakan ini sebagai bukan sesuatu yang drastik, lain pula dengan masyarakat yang memerhati. Diharap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Zizan dan bakal isteri.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 6 April 2015

April 8th, 2015

Seram sejuk rasanya membaca tentang sikap berani seorang pelawak popular yang giat ‘mengayat’ wanita melalui aplikasi perbualan telefon bimbit. Apa tidaknya, ayat-ayat yang digunakan itu menunjukkan keterdesakan beliau untuk mendapatkan gambar lucah wanita.

Perkara ini didedahkan oleh dua wanita yang bengang dengan sikap pelawak itu yang dikatakan bersikap kasanova ‘pantang nampak dahi licin’ kepada akhbar Berita Harian. antara perbualan pelawak tersebut dengan wanita yang menjadi ‘mangsa’nya ialah:


Menurut wanita itu:

Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.

Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya.

Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

Antara yang dispekulasi sebagai pelawak itu ialah Tauke, bagaimanapun ia telah dinafikan olehnya.

Lagi screenshot perbualan lucah pelawak tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jom semarakkan seni budaya di program-program anjuran JKKN berikut:1) Siri Semarak Bangsawan: Raja Ku Puteh 10, 11…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 April 2015


Siapakah agaknya pelawak yang dimaksudkan? Pastinya dia sedang tidak senang duduk kerana perangai kasanovanya telah didedahkan. Jika identitinya terdedah, pastinya karier beliau akan jatuh merudum.

Tapi kata orang, berfikir sebelum bertindak. Selayaknyalah dia menerima natijah sebegitu kerana sikapnya yang menjelikkan itu, ya tak? Kita tunggu saja pendedahan tentang siapa pelawak sebenar yang dimaksudkan.